Pages

Monday, November 19, 2012

MUHYIDDIN SERU KENAL PASTI MINAT, KECENDERUNGAN ANAK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

KETAM MENGAJAR ANAK NYA JALAN LURUS

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru ibu bapa serta guru mengenal pasti minat dan kecenderungan anak2 di sekolah dari awal melalui kegiatan kokurikulum serta sukan bagi memastikan bakat mereka tidak terbantut.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peranan serta dorongan ibu bapa dan guru merupakan cara terbaik mengembangkan bakat kanak2 kerana penglibatan dalam kokurikulum serta sukan dapat melengkapkan dimensi pendidikan seseorang pelajar secara holistik.

“Namun jika minat dan kecenderungan ini tidak diperkukuh melalui sokongan dan dorongan sewajarnya, bakat mereka akan terbantut dan terhenti setakat itu sahaja.

“Oleh itu, saya menyeru guru2 serta ibu bapa lebih komited dan berusaha ke arah memperkembangkan lagi keupayaan dan kreativiti pelajar serta mengasah pemikiran mereka supaya lebih positif dan progresif melalui apa jua aktiviti kokurikulum yang diceburi,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berucap sempena Majlis Makan Tengah Hari Meraikan Kejayaan Kontinjen Malaysia di Pertandingan Robot Olimpiad Dunia Kuala Lumpur (KL WRO 2012) di Dewan Bankuet Parlimen hari ini.

Majlis berkenaan bagi menghargai kejayaan cemerlang negara muncul juara keseluruhan pertandingan yang julung kali dianjurkan Malaysia dari 9 hingga 11 November lalu dengan memungut dua pingat emas, dua perak dan lapan gangsa.

Jumlah terkumpul berkenaan merupakan 50 peratus daripada 24 pingat yang dipertandingkan.

Berhubung kejayaan itu, Muhyiddin berkata, kemenangan tersebut merupakan kejuaraan ketiga Malaysia dalam WRO dan sepanjang sembilan tahun penganjurannya, belum ada pasukan yang berjaya memungut lebih daripada dua pingat emas.

Dalam masa sama, beliau turut berbangga dengan kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor yang memenangi Anugerah Tajaan dan Pemasaran, Anugerah Paling Disukai (Most Liked) serta Anugerah Kajian Terbaik dan Pembangunan dalam pertandingan 'F1 In Schools' di Abu Dhabi, baru2 ini. sumber

No comments:

Post a Comment