Social Icons

Pages

Thursday, November 15, 2012

HARUSSANI PUN BERKOKOK… PERASAN HEBAT SANGAT LA TU...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

HARUSSANI: NURUL IZZAH WAJIB BERTAUBAT


IPOH - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan supaya anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru2 ini.
   
Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.
   
“Dia (Nurul Izzah) terlampau mudah buat kenyataan seperti itu. Dia perlu bertaubat, bertaubatlah dan tarik balik kenyataan dalam ucapannya itu. Minta maaflah kepada semua. Manusia ini tidak lari daripada melakukan kesilapan, kita mudah melakukan kesilapan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
   
Katanya pengikut pemimpin pembangkang itu juga bersubahat dalam tindakan atau perbuatan yang tidak dibenarkan oleh agama Islam dan berdosa besar.
   
“Orang ini (pengikut) ini bersubahat dan berdosa besar, mereka wajib bertaubat... perlu menggunakan akal yang waras. Jangan permain2kan agama,” katanya.

Katanya kenyataan seperti yang diungkapkan oleh Nurul Izzah itu akan memudahkan perbuatan atau tindakan yang dilarang oleh agama Islam.
   
Beliau berkata sekiranya Nurul Izzah tahu, sedar dan faham yang diucapkannya maka akidah pemimpin parti pembangkang itu telah rosak dan telah keluar daripada pegangan akidah sebagai seorang Islam.
   
“Islam terima kewarasan akal, jika dia tahu, sedar, faham serta ada pengetahuan dan keyakinan (tentang apa yang diucapkannya) maka dia wajib bertaubat,” katanya.
   
Laporan portal berita propembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: “Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
   
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” kata Nurul Izzah.
   
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?” di Subang Jaya, Selangor pada 3 Nov. – sumber

Baru la aku tahu bahawa Harussani, Abdullah Md Zin dan Mahathir adalah ulama suk… Ulama DUNIA…

Mereka sekata dalam menyerang Nurul Izzah sedangkan mereka faham tak apa yang tersirat disebalik ucapan Nurul sebenarnya… Ayat2 Allah bukan diturunkan untuk bangsa… Melayu, India, Cina, Inggeris atau siapa saja tidak tertakluk di bawah ayat ini… Islam tidak memaksa sesiapa dalam beragama… Orang bukan Islam boleh beragama mengikut agama mereka… termasuk Melayu....

Kenapa Harussani berkokok??? Adakah dia anti ISLAM sebenar??? Dia tanpa sedar sedang menghina dirinya sendiri….

No comments:

Post a Comment