Social Icons

Pages

Sunday, November 11, 2012

NURUL IZZAH TINDAK MELAMPAU, KATA MAHATHIR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

NURUL IZZAH TINDAK MELAMPAU, KATA MAHATHIR – KAU SENDIRI HINA ISLAM TERUS MENERUS TU… DAH LUPA????

LANGKAWI -  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
   
Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing2 tanpa ada sebarang paksaan daripada mana2 pihak.
   
“Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
   
“Dalam Perlembagaan, masing2 boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing2,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
    
Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: “Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.”
   
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
   
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November. sumber – 

Nak tergelak ada, sedih ada, tah la…. Kesian tengok dia… perasan hebat kediri sendiri sampai tak nampak semua musibah yang berlaku bermula dari zaman dia memegang tampok pemerintahan….

Aku harap dia dapat la meluangkan masa mengaji dengan Imam Muda bagi memulihkan ingatannya terhadap Islam sebenar… bukan Islam acuan freemason yang diamalkannya…..

No comments:

Post a Comment