السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KOTA BHARU - Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk
Harun Taib meminta Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
turut bertaubat kerana didakwa tidak menyokong perjuangan Islam.
Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Harussani yang meminta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari mengenai kebebasan agama.
“Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia juga harus bertaubat," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di sini, hari ini.
Sambil mengelak pertanyaan berkaitan Nurul Izzah, Harun tetap mempertahankan kenyataan pemimpin PKR itu yang disifatkan “biasa sahaja."
“Pada asalnya, apabila belum masuk Islam, dia bebas memilih Islam atau tidak. Tapi, yang tidak bebas (apabila) sudah masuk Islam, tidak boleh sekali Islam, sekali Kristian. Itu tidak adil,” katanya.
“Kita tidak ambil berat, kita anggap biasa sahaja, saya tidak mahu bicara soal ini, tanya benda lain seperti (bekas Perdana Menteri, Tun Dr) Mahathir (Mohamad) buat, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) buat,” katanya. – sumber –
No comments:
Post a Comment