السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
BUKTI MAMAT BUTA JAWI HASIL DIDIKAN UMNO HAPUSKAN
TULISAN JAWI.. KEJAYAAN PROJEK BARISAN NASIONAL
Berbekalkan sebuah button yang punya tulisan jawi, seorang
lelaki yang dipercayai pencacai UMNO cuba memperlekehkan Perwakilan PAS pada
Muktamar yang ke 58 lalu..
Menurutnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perwakilan PAS pada Muktamar yang lalu ini dengan membeli ‘Button’ yang berharga RM5 ke RM10 dan dengan pembelian tersebut anda bebas berada dalam dewan seperti Perwakilan yang sah.
Oleh itu menurutnya lagi Ahli PAS sepatutnya merasa malu kerana untuk menjadi perwakilan ke Muktamar itu ianya boleh dibeli.
Sebenarnya jika pencacai UMNO itu tahu membaca tulisan jawi,
beliau pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan yang menyerlahkan akan sifat
‘Buta Jawi’ yang ada pada dirinya.
Apa yang tertulis pada ‘Button’ tersebut adalah perkataan ‘PEMERHATI’ (فـمرهاتي) bukannya
‘PERWAKILAN’ (فرواكـيلن).. itulah.. tak tahu bacapun masih nak menyebar fitnah.. kan dah malu
diri sendiri..
No comments:
Post a Comment