السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ISU
KONDO: EXCO KATA YDP MPS DIARAH BERTUKAR
Exco kanan kerajaan Selangor
Ronnie Liu hari ini berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin A'ala telahpun diarahkan
bertukar.
Liu
percaya arahan pertukaran itu dibuat ekoran kenyataan Zainal pada 30 Oktober
lalu yang menafikan dakwaan BN bahawa projek kondominium Dolomite Park Avenue
itu diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat.
“Saya rasa sedih kerana kita akan
kehilangan seorang YDP yang rajin dan telah membuktikan beliau boleh tangani
isu2 penting.
“Tapi
sekarang tiba2 dia dapat arahan ditukarkan ke tempat lain. Jadi
jangan salahkan saya kalau saya rasa ini merupakan satu tindakan yang luar
biasa.
“Saya rasa tidak puas hati (dengan pertukaran) selaku ketua kepada kerjaan tempatan di negeri Selangor," katanya yang mendakwa mendapat tahu mengenai perkara itu pada Jumaat lalu.
Semakan Malaysiakini dengan pejabat MPS petang ini
mendapati, Zainal Abidin diarahkan bertukar ke ibu pejabat Institut Tadbiran
Awam Negara berkuat kuasa esok.
Seorang
pegawai di bahagian hal ehwal korporat itu, yang memperkenalkan diri dengan
nama Mohd Zin mengesahkan perkara itu dan berkata, hari ini merupakan hari
terakhir Zainal berkhidmat di MPS.
“Ini perkara biasa di kalangan
pegawai PTD (pegawai tadbir dan diplomatik)," katanya ketika dihubungi.
Beliau
menambah, arahan pertukaran tersebut hanya diketahui pagi ini.
Projek
kondominium itu diluluskan pada 2007 oleh MPS semasa kerajaan negeri berada
bawah pentadbiran BN.
MIC
baru2 ini menganjurkan demonstrasi bagi membantah pembinaan projek
berkenaan yang terletak hampir dengan kompleks kuil popular di Batu Caves.
Ekoran
itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Abdul Khalid
Ibrahim mengarahkan supaya kerja pembinaan itu dihentikan, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berjanji untuk
membatalkan projek tersebut - sekiranya BN berjaya merampas pentadbiran
Selangor.
Sementara itu, seorang ahli majlis
MPS Lee Khai Loon berkata beliau percaya bahawa pertukaran Zainal Abidin itu,
selepas hanya berkhidmat selama lebih setahun, bersifat politik.
Beliau
memberi alasan, Zainal Abidin seorang yang profesional dan memberi kerjasama
dengan kerajaan negeri.
“YDP
itu ditugaskan untuk menyiasat bagaimana projek itu diluluskan pada awalnya,"
katanya yang menambah Zainal Abidin juga bertanggungjawab menandatangani
perintah menghentikan kerja2 pembinaan itu.
Berbeza
dengan ahli majlis, pelantikan ketua kerajaan tempatan berada bawah bidang
kuasa jabatan perkhidmatan awam persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment