السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
JOHOR
BAHRU: Pemegang unit saham Dana Johor (DJ) yang layak boleh menjual semula
pegangan saham mereka melalui Skim Belian Balik Dana Johor RM1 (SDJ1) yang akan
dilaksanakan Johor Corporation (JCorp).
Melaluinya, JCorp menawarkan RM1 bagi setiap unit saham DJ.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kerajaan
negeri dengan kerjasama JCorp, yang juga agensi pelaburan kerajaan negeri,
melancarkan skim pemulihan semula harga DJ pada 2004.
“Ia adalah Skim Belian Balik Bersyarat (SBBB) yang menawarkan
pemegang unit menebus pelaburan mereka pada harga 50 sen seunit.
“SDJ1
adalah penambahbaikan kepada SBBB, ia akan memberi manfaat kepada lebih 35,000
pemegang unit saham DJ di mana majoritinya adalah pemegang unit individu,”
katanya, semalam.
Menurut Abdul Ghani, JCorp memperuntukkan kira-kira RM270 juta
untuk skim pembelian balik berkenaan yang akan ditawarkan bermula 2 Julai ini
bagi tempoh setahun.
Abdul Ghani berkata, kebolehan JCorp untuk menawar dan melaksanakan
SDJ1 bagi pelaburan mereka dalam DJ adalah hasil perkembangan penstrukturan
semula Kumpulan JCorp yang memberangsangkan. Ia juga berikutan pengumuman
terbaru berkaitan penstrukturan korporat yang memantapkan lagi kewangan dan
nilai aset JCorp.
“SDJ1 pada dasarnya skim belian balik yang ditambah baik, yang dapat
direalisasikan berikutan kedudukan kewangan semasa yang kukuh dan sebagai
sebuah entiti kerajaan negeri yang bertanggungjawab, JCorp mahu pemegang unit
saham DJ meraih semula pelaburan asal mereka,” katanya. - Metro -
Artikel ini disiarkan pada : 2012/06/16
Persoalannya…
apa yang berlaku kepada mereka yang meminjam, yang telah dijual oleh kerana pinjaman
menghadapi susut nilai dan kerugian… yang bankrap kerananya… boleh ianya
disucikan dengan air embun ni…
No comments:
Post a Comment