Pages

Thursday, July 12, 2012

“KALAU SAYA JADI PEGAWAI P'RAYA, YB TIDAK AKAN MENANG LAGI”

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, seorang bekas pegawai pilihan raya yang menjaga parlimennya pada tahun 2008 memberitahunya beliau tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang sekiranya pegawai tersebut kembali menjaga kawasannya. 

Dalam ucapan di majlis makan malam anjuran PKR Lembah Pantai malam tadi, Nurul Izzah berkata, beliau terjumpa dengan pegawai pilihan raya yang enggan namanya disebut itu selepas berjumpa dengan Datuk Bandar petang semalam. 

“Saya sebenarnya tidak sengaja bertemu dengan bekas pegawai pilihan raya pada tahun 2008 yang mana dia yang mengumumkan kemenangan saya pada pukul 2 pagi pada ketika itu. 

“Saya jumpa dan saya kata pada dia,” selepas ini, jaga Lembah Pantai lagi ke?'' Kita perlu berbaik dengan semua orang. Itu yang diajar walaupun kita mempunyai latar belakang politik yang berbeza. 

“Tetapi dia jawab “Tidak, kalau saya jadi pegawai pilihan raya Lembah Pantai, YB tidak akan menang lagi”,” kata Nurul Izzah kepada kira-kira 1,000 orang hadirin. 

Majlis makan malam tersebut diadakan di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Thien Hau Temple. 

Ia turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. 

Sehubungan itu, kata Nurul Izzah berkata, beliau akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perbualannya dengan pegawai tersebut. 

Katanya, tindakan pegawai tersebut bukan sahaja biadap tetapi turut tidak mempamerkan sikap SPR yang dikatakan akan melaksanakan transformasi dalam pilihan raya. 

“Bolehkah anda semua bayangkan, dalam pada SPR cakap akan laksanakan transformasi, SPR sudah melaksanakan semua tuntutan BERSIH, tapi bila jumpa pegawai pilihan raya yang akan menjadi pegawai pilihan raya lagi, boleh kata “kalau jaga Lembah Pantai YB tidak akan menang lagi”.” 

“Bagi saya ini tindakan yang biadap. Saya akan pastikan saya menulis surat kepada SPR tentang perbualan ini. Anda suka ke, tak suka ke parti itu, kerja perlu profesional, perlu objektif,” kata Nurul Izzah lagi. 

Sementara itu, majlis makan malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada ‘Elvis Presley Malaysia’, HT Long,  yang menyanyikan dua buah lagu. Antara lagu yang dinyanyikan berjudul ‘Now or Never’. Anwar yang menghafal lirik lagu tersebut turut secara spontan naik ke atas pentas dan bernyanyi bersama sambil menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

NONE 

Sumber : KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment