السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Pengundi hantu di seluruh negara kini berjumlah tidak kurang 1.7
juta orang, didasarkan kepada jumlah awalnya sebanyak 322,936 orang pada tahun
2006 menerusi “Projek IC di Sabah”. Anggaran tersebut dibuat berdasarkan
perkiraan setiap mereka yang telah diberikan kad pengenalan menerusi projek itu
pada 2006 telah mempunyai anak sekitar 3 atau 4 orang, dengan kesemua anak2
mereka itu juga sudah berumur 21 tahun ke atas dan layak menjadi pengundi.
Penulis buku politik
terkenal, Mutalib MD mendedahkan, dalam masa yang sama, 322,000 orang
warganegara asing telah dikesan menjadi pengundi hantu di Sabah bagi tahun ini
sahaja yang juga dilahirkan menerusi Projek IC. Mereka yang terbabit itu
warganegara Filipina, India, Pakistan dan Indonesia yang datang ke negara ini
dengan status sebagai IMM 13 yang kemudian diberikan MyPR merah dan sekarang
telah diberikan MyKad biru menjadikan mereka sebagai warganegara ini yang sah.
Kata Mutalib, kewujudan
322,936 PENGUNDI HANTU pada tahun 2006 yang kini telah berkembang menjadi 1.7
juta orang di seluruh negara tidak boleh dinafikan oleh pihak kerajaan kerana
ia berdasarkan penyiasatan beliau selama 15 tahun.
“Perkara
itu saya nyatakan dalam buku saya yang berjudul ‘IC Projek – Agenda Tersembunyi
Mahathir’ yang diterbitkan pada tahun 2006. JPN sendiri turut akui buku itu
sebagai buku yang bermutu dan turut dibahaskan di Parlimen,” katanya ketika
dihubungi Harakah.
Katanya lagi, walaupun
Projek IC itu dilakukan di Sabah, mereka yang terbabit itu tidak terus menetap
di Sabah, malah berkeliaran ke negeri2 lain di seluruh negara
termasuk ke Kuala Lumpur lalu menjadikan mereka pengundi hantu di seluruh
negara. Di Semenanjung Malaysia, pengundi hantu yang dilahirkan bukan melalui
Projek IC seperti yang dilakukan di Sabah, tetapi dengan cara lain iaitu
menerusi persatuan2 tertentu yang tidak wujud dan dengan menggunakan
cap jari.
“Mereka
pakai persatuan2 yang tidak wujud. Selepas itu, mereka ambil cap jari.
Cap jari mereka itu akan diproses oleh JPN untuk diberikan IC kepada mereka
bagi membolehkan mereka menjadi pengundi. Warganegara India pun
ramai yang dapat IC dengan cara ini,” tegasnya.
Antara persatuan2 tidak wujud yang digunakan oleh
mereka itu, tegas beliau lagi, termasuklah Persatuan Suluk, Persatuan Bajau dan
Persatuan Bugis.
“Dengan
cara itu juga, kita jangan terkejut nanti jika pelajar2 IPT dari
Afrika yang nama dan pengenalan dirinya tidak terdapat dalam sistem JPN, tetapi
ada dalam sistem SPR lalu diberikan IC oleh JPN untuk membolehkan mereka juga
menjadi pengundi di negara ini,” katanya.
Mutalib mendakwa,
pandangan dan cadangan minoriti PSC berhubung penambahbaikan pilihanraya supaya
dibersihkan daftar pemilih oleh SPR sememangnya berasas, namun ia enggan
dibahaskan di Parlimen oleh para pemimpin Umno BN kerana ia jelas tidak akan
menguntungkan mereka.
Sumber : KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment