السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Pemimpin tinggi BN Sabah nampak seperti 'tenang' dengan berita
pelancaran Barisan Pembaharuan Sabah atau Sabah Reform Front (SRF), yang
dipercayai bakal diterajui oleh dua ahli Parlimen yang masih menjadi ahli parti
komponen BN.
Kedua2nya - ahli Parlimen Tuaran yang juga timbalan presiden Upko, Datuk Wilfred Bumburing dan ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukim, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno - dijangka melancarkan parti itu esok di Tuaran, kira2 50km ke utara Kota Kinabalu.
Secara kebetulan, BN telah mengadakan satu majlis di Tuaran, semalam yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi BN negeri dan mereka kebanyakannya tenang mengenai perkembangan terkini.
Setiausaha BN
Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan (kiri) memberitahu Malaysiakini bahawa parti baru mencerminkan
kecergasan demokrasi di Sabah dan SRF mungkin akan mencairkan undi pembangkang.
“Jika ia adalah benar bahawa Bumburing akan memimpin parti baru itu, maka ia adalah bukti selanjutnya bahawa parti pembangkang, terutama Star dan SAPP, telah gagal untuk menawan imaginasi rakyat Sabah dengan retorik mereka,” katanya.
Star dihidupkan semula oleh bekas orang kuat PBS, Datuk Jeffrey Kitingan manakala SAPP merupakan serpihan PBS yang meninggalkan BN pada 2008. SAPP diketuai oleh bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee.
Adalah difahamkan bahawa SRF akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pelancarannya akan dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MK –
No comments:
Post a Comment