Pages

Saturday, July 21, 2012

MB SELANGOR PELAWA MENTERI AIR MELAWAT AMPANGAN... APA KATA UMNO?????


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) melawat empangan air di negeri itu bagi membuktikan rizab air sebenar yang berada pada tahap selesa. 
Beliau berkata, lawatan itu bagi memperjelaskan situasi sebenar selepas beberapa dakwaan yang dibuat sebelum ini berbeza dengan tahap simpanan air di tujuh empangan yang mencatatkan simpanan melebihi 100 peratus sehingga bulan ini.

“Lawatan ini akan diselia oleh Pengawal Selia Air Negeri, Datuk Nordin Sulaiman, dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS),” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan Negeri di sini hari ini. 

Abdul Khalid berkata, tujuh empangan di negeri itu iaitu Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi, Empangan Klang Gate, Empangan Sungai Langat, Empangan Sungai Semenyih, Empangan Tasik Subang dan Empangan Batu mencapai 100 peratus simpanan air. 
 Beliau berkata, sumber air empangan di Selangor adalah sebanyak 522.66 juta meter padu dan sejak Februari lalu, semua tujuh empangan berkenaan berada dalam keadaan memuaskan dan mampu membekalkan sumber air kepada semua loji rawatan air di negeri itu.
 

“Kenyataan bahawa rizab air di Selangor tinggal 2.4 peratus sahaja berbanding kadar sepatutnya iaitu 20 peratus adalah bercanggah dengan data yang diberi oleh LUAS,” katanya. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment