Pages

Sunday, October 2, 2011

ASY-SYAHID SHEIKH AHMAD YASSIN DI BUNUH KEJAM ZEONIS

الســـلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاتـــه

بســـم الله الرحمن الرحيم




SHEIKH AHMED ISMAIL HASSAN YASSIN



22 Jun 1937– 22 Mac 2004 -  Dilahirkan di desa Al-Jaurah, pinggiran Al-Mijdal, selatan semenanjung Gaza (sekarang dekat Ashqelon diIsrael). Ketika masih kanak-kanak, beliau dan keluarganya telah dipaksa menjadi pelarian akibat oleh perperangan dengan Israel pada tahun 1948.

Pemimpin Pergerakan Pejuang Islam, Hamas, Sheikh Ahmed Yassin telah dibunuh oleh serangan udara Israel yang disifatkan sebagai yang paling kejam didalam sejarah kemanusiaan.



Sheikh Ahmed Yassin adalah seorang yang hampir buta dan juga seorang kuadriplegia akibat kemalangan sukan pada masa mudanya sehingga beliau perlu menggunakan kerusi roda sepanjang sisa hidupnya.


Beliau lumpuh semasa bersenam di pantai Gaza ketika berumur 16 tahun tetapi mampu untuk menamatkan pengajian sekolah menengahnya dan bekerja sebagai guru walaupun terdapat halangan akibat daripada keadaannya. Beliau telah mempamerkan kebolehan berpidato dan disifatkan sebagai berkarisma di Semenanjung tersebut.



Sheikh Ahmed Yassin mendirikan Hamas (al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyah) dengan rakannya Abdul Aziz al Rantisi dan Khaled Meshal pada tahun 1987.




Beliau merupakan pejuang Intifadahmujahid dakwah yang berjuang menegakkan Islam dan penghulu pejuang kemerdekaan Palestin.


Pesawat pejuang Israel melepaskan beberapa butir peluru berpandu kearah beliau semasa pulang ke rumah dengan kerusi rodanya selepas solat Subuh. Beliau yang berumur 65 tahun ketika itu, telah dibawa ke hospital dalam bentuk cebisan yang bertaburan.




Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel yang sedang terlantar di atas katil ketika ini, telah menaungi operasi dimana helikopter bersenjata Israel menembak 3 peluru berpandu kearah beliau, yang membunuhnya dengan serta merta bersama 8 orang awam dan mencederakan 2 orang anaknya.





Pada tahun 1987, beliau bersama beberapa orang pemimpin Islam bersetuju untuk menubuhkan pertubuhan Islam untuk melawan penjajahan Israel di Semenanjung tersebut, yang digelarkan sebagai Pergerakan Pejuang Islam atau lebih dikenali dengan nama pendeknya sebagai Hamas. 






Fungsi Hamas, yang mengenalkan diri mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan Persaudaraan Islam, antaranya menyertai intifada Palestin pada tahun yang sama dan Sheikh Ahmad Yassin sejak dari itu dikenali sebagai pemimpin spiritual untuk Pergerakan itu.


Beliau ditahan pada 18/5/1989 bersama beratus anggota Hamas yang lain dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta tambahan 15 tahun lagi pada bulan Oktober 1991 dengan alasan mengarahkan untuk menculik dan membunuh tentera Israel dan menubuhkan Hamas.



الفاتحــــــة

AL-FATEHAH BUAT BELIAU, pejuang yg tak kenal erti putus asa


Nota : Tarikh lahirnya tidak diketahui secara tepat: menurut pasport Palestinnya, beliau lahir pada 1 Januari 1929, namun beliau telah menyatakan sebenarnya beliau telah dilahirkan pada 1938, sedangkan sumber Palestin mendaftarkan tahun kelahirannya sebagai tahun 1937.

No comments:

Post a Comment