Pages

Wednesday, October 26, 2011

LAPORAN AUDIT 2010 - KEM. PENDIDIKAN MEMBAZIR RM161JUTA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN MEMBAZIR

Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Ini kerana hanya dua daripada 300 (2/300) makmal komputer sahaja yang dapat digunakan manakala lawatan audit ke SK Kepayan, Kota Kinabalu, mendapati stok peralatan ICT yang dibekalkan hampir tiga tahun lalu masih tidak digunakan.

“Peralatan ICT didimpan di dalam kotak asalnya dan tidak diagih. Keadaan ini berlaku kerana 99.3 peratus makmal yang dibina gagal disiap dan diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan.


“Adalah juga didapati sebahagiannya telah mengalami kerosakan fizikal akibat daripada serangan anai-anai,” petik laporan itu.

Projek makmal komputer yang ditugaskan kepada syarikat TimeCom Holdings Sdn Bhd itu sepatutnya bermula pada 31 Oktober, 2006 tetapi telah mengalami kelewatan yang berpanjangan dan hanya siap pada 30 April, 2008.



No comments:

Post a Comment