السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
LEBUHRAYA SENAI-DESARU GAGAL UJIAN JALAN
Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya
Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous
Macadam (DBM) YANG
KURANG DARIPADA KETEBALAN MINIMUM 95 MM.
“Lawatan Audit pada bulan Oktober 2010 juga mendapati kualiti kerja
pembinaan lebuh raya KURANG MEMUASKAN. Mengikut spesifikasi kontrak, ketebalan minumun turapan DBM yang
dibenarkan adalah 95 mm manakala ketebalan turapan DBM mengikut lukisan Approved
Detail Design adalah 100 mm,” petik laporan itu.
Menurutnya laporan itu lagi, ketebalan paling rendah yang dicatatkan
adalah 72 mm manakala bacaan tiga lagi ujian yang dijalankan menunjukkan
ketebalan - 81 mm, 89 mm dan 79 mm.
“Permukaan jalan didapati beralun dan tidak rata di sepanjang
lebuh raya bagi Pakej 1 dan 2. Selain itu, beberapa
bahagian permukaan lebuh raya telah rosak, kasar dan berlubang walaupun baru
setahun dibuka kepada pengguna.”
Ia juga mencatatkan bahawa Pakej 3 iaitu pada kilometer 77, tidak siap
mengikut masa pada 18 Julai 2008 dan terpaksa dilanjutkan sebanyak tiga kali
sehingga 31 Disember, 2010, kerana kontraktor utamanya menghadapi masalah
kewangan, kenaikkan harga barangan yang digunakan dan masalah cuaca.
Bagi Pakej 3 juga, kontraktor sepatutnya membina ‘pelindung sungai’
atau river protection bagi menghalang hakisan kerana projek
itu merentasi lima batang sungai. Baca selanjut di sini.
No comments:
Post a Comment