Pages

Wednesday, October 26, 2011

LAPORAN AUDIT: LPPM BERI TENDER RUNDING TERUS IKLAN RM194.31 JUTA


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



LAPORAN AUDIT: LPPM BERI TENDER RUNDING TERUS IKLAN RM194.31 JUTA



KUALA LUMPUR: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) memberikan projek  ruangan iklan secara runding terus sebanyak RM194.31 juta, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan Audit menjelaskan LPPM, yang diletakkan di bawah kementerian Pelancongan telah membuat tempahan ruangan iklan berkenaan dalam tempoh dua tahun, yang lebih tinggi berbanding nilai secara tender.
“LPPM telah membuat perolehan tempahan ruang iklan secara rundingan terus berjumlah RM194.31 juta atau 72.1 peratus berbanding sejumlah RM75.38 juta secara tender bagi tahun 2009 dan 2010,” laporan itu dipetik.
Menurut laporan Audit, pembelian sebanyak 1,000 unit rak besi risalah Visit Malaysia 2007 berjumlah RM1.95 juta juga dibuat secara runding terus tanpa kelulusan kementerian kewangan.
“Perjanjian tidak disediakan bagi menetapkan spesifikasi bekalan dan tempoh penghantaran antara kementerian Pelancongan atau LPPM dengan pembekal,” petik laporan Audit.
Menurutnya, pemasangan papan tanda di Indonesia juga tidak mengambil kira pandangan pengarah  Pelancongan Malaysia dan Indonesia terhadap cadangan lokasi pemasangan yang dianggap kurang sesuai.
“Lawatan Audit di lokasi pengiklanan sekitar Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Lembah Klang mendapati lokasi pemasangan yang telah dibina juga kurang strategik, berlaku kehilangan dan kerosakan lampu.
“Perolehan aktiviti pengiklanan dan promosi yang dibuat melalui arahan kementerian Pelancongan tidak dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah LPPM,” jelas laporan Audit.
Justeru itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengesyorkan LPPM mematuhi peraturan perolehan yang ditetapkan supaya dapat diteliti dan dinilai  jawatankuasa Teknikal dan Kewangan.
“Kementerian Pelancongan dan LPPM hendaklah mernjalankan siasatan terhadap perolehan yang tidak mengikut peraturan kewangan.
“Sekiranya berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, perkara tersebut perlu dilaporkan kepada pihak berkenaan dan tindakan tatatertib hendak lah diambil,” jelas laporan itu.
Selain itu, LPPM juga disaran memastikan perjanjian dengan pembekal ditandatangani dan pengesahan penerimaan barangan dibuat sebelum pembayaran dijelaskan.


Kelik Di Sini : Sumber

No comments:

Post a Comment