Pages

Thursday, August 16, 2012

TAK RIUH, TAK KELUAR MEDIA PERDANA, TAK PERLU PENTERJEMAH...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan bekas imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Mahmud Syam di rumahnya petang semalam.

Sheikh Mahmud, bekas pensyarah Universiti Ghaza dalam rangka lawatan ke Terengganu menghabis masa kira2 setengah jam dengan Presiden PAS di rumahnya.

"Kami berbicara hampir setengah jam berkaitan isu semasa Gerakan Islam seluruh dunia," kata Ustaz Hadi dalam facebooknya.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah anak Ustaz Hadi yang juga Exco Pemuda PAS Pusat, Mohamah Kholil Abdul Hadi.

Sheikh Mahmud sudah beberapa kali datang ke Malaysia dalam misi dakwahnya dan menerangkan perkembangan terkini berlaku di Palestin.

Sebelum ke Terengganu, beliau berada di Kuala Lumpur dan sempat memberikan tazkirah di beberapa buah surau dan masjid. - HD -



No comments:

Post a Comment