Pages

Thursday, August 30, 2012

POLIS: JANJI DEMOKRASI MENYALAHI UNDANG-UNDANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Anggota jawantankuasa penganjur Maria Chin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya.

 

Alasan yang diberikan kepada penganjur:



Polis menetapkan perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka malam ini bertentangan dengan undang-undang negara.

(1) Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada ketua polis daerah Dang Wangi.

(2) Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.

(3) 
Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.

Sementara itu, polis Bukit Aman turut memuatkan pesan di Facebook supaya orang ramai yang berkumpul di Dataran untuk meraikan ambang merdeka mematuhi undang-undang dan menjaga tingkah laku – MK -



No comments:

Post a Comment