Pages

Friday, August 24, 2012

BN PARTI SYAITAN, UMNO ADALAH IBLIS : PESAN DR M (BAPA IBLIS)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. Maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka UMNO sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. UMNO ialah parti Iblis.

Jumlah penduduk negara ini ialah kira2 29 juta orang. Dari jumlah tersebut, Melayu merupakan 65%, Cina 25% , India 7.5% dan lain2 sebanyak 1.3%. Dalam lain perkataan jumlah orang Melayu lebih kurang 19 juta orang.

Ahli UMNO ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO. Kita ramai dari ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi tak perlu takut apa apa pada UMNO. Kalau ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jadi TIDAK BENAR kalau UMNO mati, maka orang Melayu akan hancur.

Seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu. Jadi TIDAK BENAR juga kalau UMNO mati, maka Islam dan Raja2 Melayu akan musnah. Yang mati Dr Mahathir, Najib, Muhyidin, Noh Omar, Melayu lain terus hidup.

Demikian juga. Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup. Kalau MIC mati, orang India tetap hidup.

Demikian juga kita menolak hasutan UMNO. UMNO kata kalau UMNO tewas maka orang Cina akan ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang, Cina 3 orang dan India seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau India dan Cina bergabung, adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?

Oleh kerana UMNO cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam bahasa yang bodoh2. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh2 mulai sekarang sebab Dr Mahathir kata, ahli UMNO semua nya hampas.

Yang jadi sasaran khianat puak UMNO ialah DAP. Kenapa??? Kerana kebanyakan cerdik pandai UMNO masuk DAP… tu je pasalnya…

Mengapalah UMNO mahu membodohkan orang Melayu?

Ingat, dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Takde hal.

Kalau UMNO mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab kenyataan bodoh seperti ini. tidak semua orang Cina kristian. Lebih ramai Cina dan India bukan beragama kristian. Lebih elok orang Cina mengkristiankan orang Cina dan India terlebih dahulu daripada bercakap menegnai mengkristiankan orang Melayu.

Ramai dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir malam semalam. UMNO boleh kelentong ahli2 mereka jika mereka mahu, tapi janganlah anggap orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli UMNO.

Ini pun masih tidak disedari oleh orang Melayu.

KUALA LUMPUR, 22 Ogos —
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.

“BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.

“Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.

“Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau. (maknanya BENAR la dakwaan PR)


Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dan janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.

Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR. (Mahathir ingat atau lupa??? Era siapa perintah ni??? Bukankah BAPA IBLIS yang perintah???)

Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.
(Janji ditepati??? ISA dah mansuhkan??? PEMBOHONG BESAR ialah UMNO)

Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.
(Semua dakwaan PR adalah BENAR)

Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta lebih rendah untuk rakyat Malaysia.

Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.

“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” katanya.

“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”

Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.

Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.

“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.

“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.

“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Puak UmNo tak perah jumpa ayat 60-65 dalam surah Yasin… Kalau jumpa… korang tunggu apa lagi… nak jadi IBLIS sama????

أَلَمۡ أَعۡهَدۡ إِلَيۡكُمۡ يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعۡبُدُواْ ٱلشَّيۡطَـٰنَ‌ۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (٦٠)
وَأَنِ ٱعۡبُدُونِى‌ۚ هَـٰذَا صِرَٲطٌ مُّسۡتَقِيمٌ (٦١)
وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلاًّ۬ كَثِيرًا‌ۖ أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ (٦٢)
هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ (٦٣)
ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ (٦٤)
ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيہِمۡ وَتَشۡہَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ (٦٥)
Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu! (60) Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (61) Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (62) Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). (63) Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan! (64)Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65)

Percayakan Malaikat adalah RUKUN IMAN… Korang nak pertahankan UMNO ATAS ALASAN APA LA NI???? HABAG MAI SAT…



No comments:

Post a Comment