السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Polis siasat penganjur Janji
Demokrasi
Polis sedang menyiasat penganjur perhimpunan Janji Demokrasi di
kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur malam tadi yang menarik kira-kira
10,000 orang.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan itu dibuat di bawah Akta Perhimpunan
Aman 2012.
Dalam mesej teks kepada Malaysiakini,
Malam tadi,
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis akan "menyiasat kemudian" sama ada
pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said telah melanggar undang-undang
dengan membaca sajak.
Pak Samad yang merupakan Sasterawan Negara, membaca sajaknya 'Janji Demokras' di dataran di luar ibupejabat Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur yang terletak kurang 500 meter dari Dataran Merdeka.
Walaupun telah
mengisytiharkan perhimpunan itu haram di saat-saat akhir, tetapi tiada
tangkapan terhadap ribuan orang ramai yang membanjiri kawasan itu dengan
berpakaian kuning pada malam ambang Hari Kebangsaan.
Bagaimanapun, polis menahan dua orang yang didakwa membakar mercun – MK -
No comments:
Post a Comment