السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kebetulan dengan
Hari Kebebasan Media Sedunia hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
menggesa media melaporkan secara adil dan saksama berhubung tindakan polis
menangani peserta BERSIH 3.O pada Sabtu lalu.
“Walaupun media bebas
melaporkan perkara-perkara berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0 dan juga tohmahan
terhadap polis, ia hendaklah dilakukan secara berhemah, adil dan saksama,” kata
Ismail dalam kenyataannya pagi ini.
Menurutnya, polis mengalu2kan laporan yang disokong dengan fakta dan bertujuan mengkritik secara membina.
“Laporan yang tidak bertanggungjawab hanya boleh membangkitkan sentimen negatif di kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum,” katanya.
Sementara itu, Ismail juga berkata, satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan kekasaran polis.
Selepas perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu, polis menerima tamparan hebat apabila didakwa berkasar terhadap peserta perhimpunan, aktivis dan media.
Pihak media juga menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan layanan polis apabila beberapa insiden mengenai petugas media, terutamanya terhadap wartawan The Sun, Radzi Razak yang retak rahangnya.
Sumber : KLIK DI SINI
He he he he… rasa macam nak tergelak la
plak…. Sampai tak tau waktu azan atau tak…. Mengalahkan polis Israel Yahudi je…
Inilah Negara Islam contoh… waktu azan
pun masih menendang orang2 awam…
No comments:
Post a Comment