Pages

Sunday, April 22, 2012

KONVENSYEN PEMBERDAYAAN EKONOMI IBU TUNGGAL SELANGOR

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

23 April, Shah Alam : Hampir 2000 orang ibu tunggal dari seluruh Selangor terdiri dari berbagai bangsa berhimpun di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin disini atas inisiatif Eksko Wanita Selangor untuk taklimat menjanakan ekonomi berbentuk SOHO.



Sebanyak hampir 30 booth usahawan diperkenalkan untuk mendaftarkan mereka dan akan diberikan latihan secara insentif bentuk2 keusahawanan dan minat mereka.



Kerajaan Selangor memperuntukan sebanyak RM30juta bagi menjayakan projek melatih ibu-ibu tunggal melakukan perniagaan secara SOHO (Small Office Home Office)

Rata-rata mereka mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana memberikan idea yang bernas untuk menjanakan  peluang menjanakan ekonomi ibu2 tunggal di Selangor....


Keikhlasan Kerajaan Selangor bagi membantu ibu-ibu tunggal mendapat riaksi ramai dari mereka yang hadir dan mereka mengambil kesempatan mendartarkan diri mereka dengan booth yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk melatih mereka dengan biayaan kerajaan.


Kebanyakan ibu-ibu tunggal yang bergantung kepada bantuan Zakat dan Jabatan Masyarakat akan dilatih dalam bidang yang mereka minat....
M
ajlis tambah berseri dengan kedatangan isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut

No comments:

Post a Comment