السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kumpulan mahasiswa hari ini
mendakwa terdapat campur tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pilihan raya
kampus di seluruh negara pada tahun ini.
Menurut Pro-Mahasiswa Nasional, polis terlibat secara langsung apabila tiga anggotanya - seorang dikenali sebagai pegawai kanan - mengambil bahagian dalam mesyuarat penyelarasan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Jurucakapnya Edikorp Lakip
Sediyanto, mereka mendapat maklumat ketiga2 anggota pasukan
keselamatan itu terlibat dalam mesyuarat yang diadakan di Akademi Kenegaraan
milik Biro Tata Negara di Kuala Lumpur pada malam 25 Januari lepas.
“Penglibatan wakil daripada PDRM seramai tiga orang dalam Opps 2020 ini membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga mengetuai komponen BN begitu tersepit...,” kata Edikorp (atas, berbaju belang).
Menurut Edikorp lagi, BN juga terpaksa menggunakan PDRM demi kelangsungan politik mereka pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Justeru, kumpulan itu menggesa Najib dan tiga pegawai polis terbabit memberikan penjelasan berhubung dakwaan itu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk
Saifuddin Abdullah (kanan) menolak dakwaan itu dan berkata tiada tiada pengetahuan
berhubung dakwaan konspirasi itu dan yakin Perdana Menteri tidak terlibat.
“Sebelum ini, sebagai contoh,
dalam pemilihan presiden Majlis Beliau Malaysia, nama perdana menteri dikaitkan
dengan calon.
“Saya tanya perdana menteri sendiri dan beliau menafikannya. Menurutnya, beliau menghormati ruang kepada anak muda untuk membuat keputusan berhubung kepimpinan mereka,” katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment