Pages

Wednesday, May 23, 2012

DEBAT SINAR (KJ/RAFIZI) : TIADA PIHAK MENANG, TAPI RAKYAT JADI HAKIM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Debat Sinar: Umno tetap mahu PTPTN kekal, Pakatan kata tidak
Majoriti hadirin terdiri Badan Bukan Kerajaan (NGO), tetamu undangan dan mahasiswa menyuarakan reaksi positif ke atas fokus perbincangan Debat Sinar semalam yang mengulas tajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi, melibatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muammar Ghadafi Jamal berpendapat ia satu debat yang bagus berdasarkan hujah2 bernas dan realistik daripada Khairy dan Rafizi.

“Bagi saya, kemenangan tidak berpihak kepada sesiapa. Ia bergantung kepada rakyat untuk menilai hujah mereka,” kata beliau ketika ditemui Sinar Harian Online di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi.


Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor, Ismadee Asmara Ishak berkata, beliau menyeru kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) supaya menghapuskan keperluan pinjaman PTPTN untuk belajar di institusi pengajian tinggi di Selangor kerana mereka yang memerintah negeri itu sebagai contoh, Universiti Selangor (Unisel).

Mohd Shahriza Basirun, 35, dari Persatuan Penduduk Taman Sutera, Kajang berkata, debat itu menunjukkan rakyat sudah mula menerima pendekatan berdebat untuk mengupas isu2 semasa dan pembentangan yang dibuat boleh memberi peluang kepada rakyat untuk menilai polisi yang dibawa oleh kedua2 pendebat.

Bagi Khairizul Azuan Mohamad dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ia membuka ruang baru kepada politik Malaysia.

“Ia memfokuskan pertarungan berilmiah. Kita dapat tahu debat untuk pemansuhan PTPTN satu idea bernas tetapi ia susah ditampung dari segi kiraan kewangan dan ini lebih kepada janji politik,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Orator, Muhammad Yunus Zakariah memuji gandingan daripada kedua2 pendebat.

“Ia betul2 gandingan yang kuat,” jelasnya ringkas.

Exco Kepimpinan dan Latihan Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma), Norhidayad Abdullah berkata, sebagai mahasiswa beliau memang menunggu debat seperti itu yang membariskan pemimpin muda dari pembangkang dan kerajaan.

“Saya dapat melihat apa pendirian mereka kerana saya sebagai mahasiswa menjadi seperti golongan pemerhati dan ini merupakan satu platform yang baik untuk mahasiswa menilai dengan baik berhubung isu PTPTN ini,” katanya.

Hafiz Khair, 20, dari Persatuan Mahasiswa Anak Sarawak Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, program semalam satu debat yang bagus.

“Ia memberi peluang dan idea dua pendebat ini memberi respons mengenai PTPTN ini.”

“Ia perlu diteruskan lagi dan menjemput orang lain pada masa hadapan,” katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Haziq Abdul Aziz berkata, beliau berpuas hati dengan kedua2 panel berdebat.

“Saya bangga dengan Khairy yang menunjukkan keberanian dengan menyahut cabaran ini. Ia sesuatu yang wajar dipuji. Bagi saya hujah Rafizi lebih mantap, mengikut fakta dan berterus2.”

“Rakyat sekarang lebih matang dan boleh menilai mana yang baik.”

“Saya menyokong cabaran moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mengenai debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

Sumber KLIK DI SINI





Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor, Ismadee Asmara Ishak… ha ha ha

Kenapalah di beri ruang menyoal… tak panjangkan soalan… menampakkan dirinya kebengongan he he he

Soalan Moderator : Bilakah perdebatan antara Dato Seri Najib / Dato Seri Anwar akan diadakan sebelum PRU 13????


No comments:

Post a Comment