السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Be End & UmNo Johor, benar2 tertekan & gelisah dalam menghadapi PRU 13. Ini
kerana majoriti kerusi2 Parlimen dan Dun di Johor adalah kerusi
campuran antara Melayu dan Cina. Kebanyakan kerusi hampir 50:50 antara bilangan
pengundi Cina dan Melayu. Hanya beberapa Parlimen sahaja yang mempunyai jumlah
pengundi Melayu yang agak ramai antaranya Mersing, Kota Tinggi Ini yang
membuatkan Ghani Othman tidak tidur malam. Alangkah eloknya jika Ghani Othman
tidak payah memeningkan kepalanya, lebih baik beritahu Najib bahawa dia nak
'surrender' dan pencen serta ‘be end’.
Elok kerana kemarahan orang Cina terhadap BN semakin meluap2
khususnya selepas Bersih 3.0 maka dijangkakan BN akan menghadapi mimpi ngeri
pada PRU 13 nanti. Pengundi Cina sudah tidak takut lagi untuk mengundi PAS
seperti yang ditunjukkan oleh mereka di Dun Sg Abong dan Maharani yang
dimenangi PAS pada PRU 12 dahulu. Pada PRU 13 kali ini, adalah dijangkakan
80-90 % pengundi Cina akan mengundi DAP dan 70-80 % dari mereka akan mengundi
PAS. Jika keadaan ini benar2 berlaku sudah tentu BN akan tergolek
dan bungkus di Johor.
Sementara itu PAS negeri Johor yang
menang dua kerusi undangan negeri (DUN) pada 2008 meletakkan
sasaran realistik sesuai dengan sokongan pengundi kepada parti itu dalam
pilihan raya umum 13.
“Sasaran realistik ialah menang 15
kerusi negeri berdasarkan fokus parti sebaik selesai pilihan raya umum 2008 dan
sokongan pengundi.
“PAS akan meletakkan calon di 28 kerusi
tetapi pontesi menang adalah 15. Ini sasaran yang realistik dan terjangkau,”
kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed, orang nombor satu PAS Johor.
“Jika menang lebih daripada kerusi itu,
ia bonus. Kemungkinannya tetap ada” katanya kepada Portal FMT baru2
ini.
Bagaimanapun, Dr Mahfodz tidak menyebut
kerusi2 yang akan ditandingi oleh PAS itu.
Parti itu bertanding 33 kerusi negeri
dalam pilihan raya umum lalu tetapi cuma menang dua kerusi negeri – Maharani
dan Sungai Abong.
PAS tidak memenangi sebarang
kerusi Parlimen walaupun meletakkan sembilan calon.
3 calon bukan Islam
“Kali ini kita (PAS) akan bertanding
lapan kerusi Parlimen, antaranya Pulai, Pagoh, Simpang Rengam dan Air Hitam.
“Kita ada peluang untuk menang kerana
Umno sendiri mengakui ada sembilan kerusi yang kelabu dan hitam dalam pilihan
raya kali ini.
“Ini bermakna, kawasan tradisi Melayu
itu kemungkinan dimenangi calon PAS tetap cerah,” katanya.
Menurut Mahfodz lagi, PAS negeri
sudah menghantar senarai nama calon kepada pejabat agung PAS di Kuala Lumpur.
Katanya, dalam senarai tersebut Naib
Presiden PAS, Salahuddin Ayub dicadangkan untuk bertanding dua kerusi iaitu
Parlimen dan negeri.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan
itu mengesahkan akan pulang dan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum 13.
“Banyak muka baru kali ini, Johor juga
menghantar beberapa nama bukan Islam, tiga muslimah dan muka2 baru.
“Kita sedang merangka manifesto bersama
Pakatan Rakyat. PAS akan menggunakan manifesto ini di kawasan2 yang
kita tandingi.
“Kita tahu, PAS tidak akan menang
secara sendirian. Kita bertanding secara bersama (Pakatan Rakyat),” tambahnya.
Komenku :
Aduhhhh... Ghani tak boleh nak melek2-an
ngan sedondongnya... he he he.... Jaluk ****** he he he
No comments:
Post a Comment