Malaysiakini meminta
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan
untuk menakut2kan wartawan dari portal berita bebas itu.
Wartawan
mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para
menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari
ini.
Mereka menyifatkan tingkah laku
Zahid (kanan) dalam satu sidang media semalam sebagai “perilaku yang tidak
wajar sebagai seorang menteri”.
Menteri
dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya “memutarbelitkan” cakapnya dan mendatangi wartawan
Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video]
“Jika
menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah
salah lapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk
memperbetulkannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua
Pengarang Kumpulan, Gan.
“Jika
beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk
bertemu dengannya atau mana2 menteri lain untuk berbincang mengenai
laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau
pejabat beliau.”
Pengasas
portal Malaysiakini itu mengingatkan menteri berkenaan bahawa adalah menjadi tugas
wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang dipilih untuk memegang
kuasa.
Menurut
mereka, memandangkan wujudnya persepsi bahawa jenayah semakin meningkat dan
tidak terkawal, maka menteri dalam negeri sepatutnya mengambil kira
kebimbangan awam dan bertindak balas dengan sewajarnya.
Ini bukan
kali pertama Zahid menuduh Malaysiakini “memutarbelit”
berita.
Zahid
memberi amaran bahawa beliau memantau “setiap perkataan, setiap
ayat, setiap perenggan dan setiap item berita Malaysiakini” semasa sidang akhbar sulungnya sebagai menteri dalam negeri bulan
lepas.
Sementara itu, Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi
Aris Omar memuji wartawan Yong (kiri dalam gambar) kerana tenang ketika
berdepan dengan tindakan Zahid itu.
Yong cuba
bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain
bernilai kira2 RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan
Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa.
Ketua
Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156,
diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis.
Fathi
menggesa Umno supaya melayan semua organisasi media dengan rasa hormat dan
secara saksama.
“Umno adalah satu2nya parti politik di
negara ini yang mengharamkan Malaysiakini membuat liputan programnya, terutama
mesyuarat Majlis Tertinggi,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment