Pages

Saturday, October 5, 2013

JANGAN CAKAP LAGI TENTANG KEHILANGAN SENJATA POLIS! - ZAHID


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertahankan integriti pasukan polis dan mengatakan bahawa kehilangan senjata polis bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewangan atau unsur rasuah.

Sebaliknya, kata beliau, kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan.

Beliau kemudian melarang perbincangan lanjut mengenai perkara itu dan berkata “tiada lagi” soalan dari Malaysiakini.

Ditanya mengenai senjata RM1.3 juta senjata polis yang hilang seperti yang dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, Zahid berkata beliau positif bahawa tiada motif tidak baik dikaitkan dengan kehilangan tersebut.

“Mengenai laporan audit tentang kehilangan 1.3 juta senjata di PDRM, saya tahu kehilangan itu bukan disebabkan  oleh pecah amanah, bukan disebabkan penyelewangan, bukan disebabkan unsur rasuah.

“Kehilangan antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan,” katanya kepada pemberita.

Zahid berkata beliau telah membuat susulan terhadap laporan audit itu dengan meminta ketua polis negara menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengenakan surcaj ke atas anggota yang terlibat.

Beliau berharap laporan audit tahun depan tidak akan mengandungi laporan seperti kehilangan senjata kerana beliau tidak mahu “imej polis tercemar oleh laporan Ketua Audit Negara”.

Katanya, kini semakin ramai yang mempercayai pihak polis, sambil menambah bahawa pasukan itu telah memperlihatkan integriti yang tinggi.


Zahid memberi amaran kepada Malaysiakini supaya melaporkan dengan tepat apa yang dicakapkannya.

“Malaysiakini, you tulis itu macam ar, betul-betul ah, jangan tulis lain...,” tegasnya.

Beliau juga meminta Malaysiakini supaya tidak lagi bertanya sebarang soalan susulan mengenai kehilangan senjata itu.


“You pun tulis tak betul. Tak mau layanlah Malaysiakini. You tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN, patut you tak payah datang sinilah, malulah datang,” katanya lagi.

Aduhhh… agaknya yer… inilah ilmu yang pelajari dari APCO Israel yang di jemput untuk jadi penasihat kut… Order to obey…. Hehehe kediktatoran untuk menutup kelemahan… apa barang cam ni… tak cerdik langsung…

Tak cerdik is equivalent to BODOH la… add-up with bad manner and animalities character… hehehe… Malaysia bolehland… no respect to this kind of emosional minister… idiots…

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete