Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua
Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.
Ini
kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi
kaum Melayu dalam parti itu. Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak
seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.
“Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada
ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang
diasaskan parti.
“Namun tidak bermakna kita
langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami
terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno,” katanya dalam sidang
media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala
Lumpur hari ini.
Kata
Rahim, Tekun ditubuhkan semasa Konvesyen Umno Pulau Pinang pada tahun 1994.
“Kerana itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu
menekankan perkembangan dan beliau sendiri berkata Tekun merupakan anak kandung
Umno,” katanya.
Dana
tambahan RM700 juta merupakan antara salah satu dalam Agenda Pemerkasaan
Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Najib baru2 ini.
Tekun
akan menerima dana tersebut bermula tahun depan dan ia akan dibuat secara
berperingkat dalam tempoh lima tahun.
“Kita tidak dapat sekaligus ia secara berperingkat tapi memang
setiap tahun kita menerima RM300 juta dan RM300 juta merupakan bayaran balik
daripada peminjam yang kita terima.
“Tambahan dana itu adalah kerana
seruan perdana menteri yang mahukan kita meningkatkan pinjaman sehingga ke
RM100,000, jadi inilah wadah perjuangan Tekun iaitu membantu kaum Bumiputera
tanpa mementingkan keuntungan,” katanya lagi.
Beliau berkata Tekun juga
mengalakkan permohonan pinjaman dari usahawan muda dikalangan siswazah yang
baru menamatkan pelajaran.
“Golongan muda antara yang perlu diberi perhatian, terutama
perkembangan trend sekarang ramai usahawan terdiri daripada lepasan siswazah
dilihat lebih suka menjalankan perniagaan sendiri.
“Kerana itu kita beri ruang kepada mereka untuk berniaga dengan
program seperti Sohonista ini supaya mereka kemudiannya tidak menentang
kerajaan akibat kegagalan kerajaan yang tidak mampu menawarkan peluang
pekerjaan kepada semua lepasan mahasiswa dan inilah peranan Tekun,"
katanya. – 7 Oktober, 2013.
Ya Allah.. Laknatkan UMNO Be End... Mereka terlalu rakus, menindas dan melakukan kezaliman... Harta negara dijadikan harta Umno...
Umno nak perjuangkan "melayu"????... Poorah...
Ya Allah.. Laknatkan UMNO Be End... Mereka terlalu rakus, menindas dan melakukan kezaliman... Harta negara dijadikan harta Umno...
Umno nak perjuangkan "melayu"????... Poorah...
Hanya orang2 tak sedar diri saja yang kata TEKUN macam2. Aku yang jadi staf TEKUN bagi pinjaman tak pilih bulu. Ramai orang PAS pun dapat. Ada orang UMNO yang kita tak bagi pinjaman sebab diaorang tak berniaga.....
ReplyDeleteHutang wajib dibayar tak kira UMNO atau PAS...Syurga Neraka hak Allah Taala.