OLEH
HASBULLAH AWANG CHIK
OCTOBER 07, 2013
LATEST
UPDATE: OCTOBER 07, 2013 11:02 PM
Jawatankuasa Pemilihan Umno
mengumumkan seramai 1,703 perwakilan didapati muflis dan tidak layak untuk
mengundi pada pemilihan Umno bulan ini.
Pengerusinya,
Tan Sri Tajol Rosli Ghazali turut mengumumkan jumlah muktamad calon yang akan
bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT) adalah seramai 260 orang
selepas seorang didapati tidak layak bertanding.
“Jumlah muktamad calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno di
peringkat bahagian ialah seramai 33,012 orang.
“Calon tersebut disenarai
pendek setelah 334 orang diisytiharkan muflis, 495 menarik diri dan 39 lagi
terlibat dengan masalah disiplin,” katanya dalam satu sidang media di Pusat
Perdagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Dalam
majlis itu juga, Tajol mengumumkan Pengerusi Unit Media Baru, Tun Faisal Ismail
Aziz dibenarkan untuk bertanding jawatan MT Umno dalam pemilihan parti 19
Oktober ini.
Katanya,
menurut Fasal 9.5 Perlembagaan Umno, hanya calon yang pernah memegang mana-mana
jawatan ahli MT dan ahli jawatankuasa bahagian untuk satu penggal layak
bertanding.
“Tun Faisal dibenarkan untuk bertanding jawatan MT berdasarkan
Fasal 10.15 bagi langkah kesempurnaan perjalanan parti. Beliau adalah calon
yang diketengahkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,” katanya
Semasa
dihubungi The Malaysian Insider, Tun Faizal berkata beliau bersyukur kerana
dibenarkan untuk bertanding di samping mengakui kurang berkempen dan hanya
diperkenalkan sebagai calon ketika majlis bertemu perwakilan.
“Saya perlu bekerja keras untuk mendapat keyakinan perwakilan,”
katanya.
Dalam
pengumuman sama, Tajol berkata rayuan Pengerusi Umno Cawangan Gombak Setia,
Profesor Datuk Dr Mohd Zainul Fitri Othman telah ditolak.
Sementara
itu, Setiausaha Eksekutif Umno Datuk Rauf Yusuh berkata senarai yang
dikeluarkan hari ini adalah muktamad dan segala rayuan tidak akan dilayan.
Ketika
ditanya berhubung peraturan yang menyukarkan calon untuk berkempen, Rauf
berkata isu itu perlu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin dan bukannya
jawatankuasa pemilihan.
Sebahagian
calon yang bertanding pada pemilihan Umno kali ini mengecam peraturan berkempen
yang terlalu ketat sehingga tidak berlaku adil kepada calon yang tiada jawatan
dalam kementerian untuk berjumpa dengan perwakilan.
Antara
syarat yang dikenakan kepada calon dengan tidak dibenar menggunakan media untuk
berkempen, melobi atau menggunakan pengurus kempen. - 7 Oktober, 2013.
No comments:
Post a Comment