Pages

Tuesday, April 9, 2013

RM100BILION LESAP-BILA SPRM NAK SIASAT MAHATHIR????



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM di desak menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamed yang di palit skandal kehilangan wang pembayar cukai semasa sepanjang pentadbirannya.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Lee Khai Loon berkata, SPRM perlu  tegas terhadap pemerintah dan penjawat awam berpangkat tinggi supaya rasuah tidak sewenang-wenangnya berlaku.

"Kita tidak mahu SPRM hanya berani ambil tindakan ke atas ikan bilis dan membiar jerung bermaharajalela," katanya pada kenyataan media 1 Mac lalu.

Beliau merujuk pendedahan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkaitan kehilangan RM100 Bilion sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir.

Mahathir pula tanpa menafikan pendedahan itu, sebaliknya mencadangkan audit penuh terhadap penerimaan gelaran Tun dan bekas Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment