Dok Kalut dengan MCA tak bagi kerusi, MIC nak kena lepaskan kerusi,
UmNo bawahan nak protes... Nah haih... fix-asset Be End dari Orang Asli plak
nak bertanding...
Nasib ya nasib...
kenapa lah malangnya nasib mu... apa lah ilmu yang ko pakai, semakin memBRIM,
KLIM, tah apa apa lagi, Orang Asli pula jadi cerdik... Awat la jadi lagu tuuuu
ORANG ASLI DIJANGKA LETAK CALON DI KAWASAN BN
Kumpulan masyarakat Orang Asli, yang dianggap
sebagai deposit tetap BN sejak sekian lama, dijangka akan mengetengahkan
beberapa orang wakil sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya
umum 5 Mei.
Naib presiden
Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia Simpan Suda ketika dihubungi Malaysiakini berkata,
antara kawasan yang menjadi tumpuan kali ini adalah kawasan parlimen Rompin dan
Bera di Pahang serta Tapah di Perak.
Menurutnya, antara nama yang disebut-sebut
sebagai calon adalah peguam dan aktivis Amani Williams-Hunt @ Bah Tony dan
seorang lagi adalah timbalan pengerusi biro Felda dan Orang Asal PKR, Bob
Manolan Mohamad.
Menurutnya, Bah
Tony disebut-sebut sebagai calon parlimen Tapah manakala Bob Manolan, yang juga
seorang Timbalan Ketua Cabang PKR, untuk kawasan dalam Parlimen Bera.
Kedua-dua kawasan
parlimen itu dikuasai orang kuat BN dalam pilihan raya 2008 – kerusi Tapah
disandang Datuk M Saravanan dari MIC dan Bera oleh Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob dari Umno.
Simpan yang pernah
berkhidmat dua kali sebagai pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli pula berkata
beliau sendiri bersedia untuk menjadi calon parlimen Rompin bagi merebut undi
dari kira-kira 14,000 pengundi Orang Asli di kawasan itu.
Orang kepercayaan
pengerusi BN, Datuk Seri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis mengekalkan kerusi parlimen
Rompin dalam pilihan raya 2008 dengan majoriti lebih 10,500 undi.
Mengulas lanjut,
Simpan bagaimanapun berkata, calon untuk kawasan parlimen Rompin hanya akan
diputuskan dalam pertemuan bersama 28 orang Tok Batin minggu depan – beberapa
hari sebelum tarikh penamaan calon 20 April, katanya.
Menurutnya,
mesyuarat itu juga akan menentukan sama ada wakil masyarakat Orang Asli itu
akan menyokong calon Umno atau Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan
datang.
"(Pada)18 hari
bulan esok barulah tahu siapa (calon) ke mana, (sokong) sebelah mana, itu tak
tahu lagi," katanya kepada Malaysiakini.
Meski sokongan
berkenaan masih belum jelas, calon dari kalangan Orang Asli itu dijangka akan
menjejaskan majoriti BN sekiranya mereka benar-benar akan bertanding.
Ditanya mengenai
kecenderungannya sendiri, Simpan juga tidak mahu menyebut perkara itu dengan
nyata.
"Saya ini nak
kata (sokong) Umno ke parti mana tak tahu. Tapi (ketua umum PKR Datuk Seri)
Anwar Ibrahim datang ke rumah saya di Port Dickson (di Kampung Sunggala),"
katanya sambil tertawa.
Kemunculan lebih
ramai calon dari masyarakat Orang Asli ini dijangka akan meningkatkan tumpuan
mereka untuk membawa isu yang membelenggu komuniti masing-masing – khususnya
tuntutan berkaitan hak dan pemilikan tanah.
Kumpulan masyarakat
Orang Asli setakat ini hanya mendapat seorang wakil di Parlimen – Senator
Muhammad Olian Abdullah dari Umno. - MK -
No comments:
Post a Comment