Social Icons

Pages

Monday, April 8, 2013

DSAI UMUMKAN CHUA JUI MENG DI SEGAMAT & HASAN KARIM DI LEDANG




TANGKAK, 9 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi Majis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon Parlimen P140 Segamat , Johor

Manakala Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim diumumkan sebagai calon bagi Parlimen P144 Ledang.


Pengumuman dibuat Anwar pada ceramah jelajah Merdeka Rakyat di Batu 16, Jalan Muar, Kg Anjung Batu, Tangkak malam tadi.

Pencalonan kedua mereka menamatkan spekulasi sebelum ini berkenaan kedudukan kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pada pilihan raya umum ke-13.

Chua Jui Meng adalah graduan Lincoln’s Inn, London, manakala Hasan Karim, berkelulusan Bachelor of Laws dari University of London.

Penyertaan kedua mereka ke dalam KEADILAN pada 2009 dengan masing-masing berlatar belakang undang-undang mengubah lanskap politik negeri ini dan memberi saingan kuat kepada Umno-BN. 

No comments:

Post a Comment