Pages

Friday, April 13, 2012

KETUA MENTERI MANA NI SEDANG DI BOGELKAN????


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم




Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.

Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak Ketua Menteri di Perth, Australia.
NONE

Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan.

Akaun bank Chia juga menunjukkannya menerima ratusan ribu dolar AS daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong Borion Enterprise, yang antaranya dimiliki hartawan balak Sarawak Ting Pek King.
NONE
“Ia menimbulkan persoalan kenapa keluargga Ting Pek King membayar sejumlah besar wang kepada akaun bank Micheal Chia? Akaun yang juga digunakan untuk mendanai anak lelaki Musa Aman di Australia,” katanya.

SUMBER KLIK DI SINI

SEKOR LAGI LEMBU KENA SEMBELIH…. MERAGUT TERLAMPAU… TUKANG KERAT RUMPUT PUN TAK LARAT DAH NAK TANGGUNG…


RAKYAT MASIH DIBAWAH TAHAP KEMISKINAN YANG MEMBIMBANGKAN….

No comments:

Post a Comment