Pages

Saturday, September 24, 2011

HE STORY ATAU HIS-STORY = SEJARAH - MANA SATU YANG BETUL






 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



HISTORY ATAU HIS-STORY?


Kecoh & Riuh Seluruh Negara gara-gara Muhammad Sabu (Mat Sabu - gambar kanan), Timbalan Presiden PAS mengatakan Mat Indera salah seorang pejuang kemerdekaan. Ramai juga yang menjadi gila kerananya.



Sejauh mana relevannya ucapan Mat Sabu dan sejauh mana pulak tidak. Gara-gara menegakkan bebang basah, 'history' bertukar menjadi 'his-story' atau 'they story.'  menjadi terkedu kepada ramai generasi baru dan lama


Bukan sahaja orang awam yang belajar sejarah negara bertahun2 dahulu yang jadi cempelang, PROFESOR-PROFESOR 'His/Her Story' pun sama-sama turut cempelang.... Masing-masing dengan story masing-masing....

Persoalannya apakah sejarah boleh di'story'kan mengikut cita rasa seseorang, puak, kumpulan atau siapa-siapa rasa ianya hebat dan berpengetahuan? entah laaaa



Mari la sama-sama kita lihat 'they story' or 'his story'
Professor Dato' Zainal Keling dengan bangganya men'story'kan yang negara kita tidak pernah dijajah.... Lagi pening laaa kepala budak2 yang belajar sejarah. Setelah setiap tahun pada 31 Ogos, negara menyambut hari 'kemerdekaan' sekarang tup tup Profesor Zainal Keling kata "negara tak pernah dijajah".

PROF Dato' Ibnu Keling, maaf Zainal Keling kata menurut fakta sejarah Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja. Perjanjian Pangkor 1847 tidak mencatat dalam perjanjian British akan menjajah Tanah Melayu, sebaliknya ditulis sebagai melindungi.


Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah dan bukan keturunan Melayu asli itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu.?


Apakah dengan ini almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan laaa 'Bapa Kemerdekaan'????? Apakah hanya sebuah lakonan pementasan bangsawan yang telah dilakukan oleh almarhum YTM Tunku dan Raja-raja Melayu semasa melaungkan kalimat "MERDEKA" pada 31 Ogos 1957 yang lalu???? entah laaa

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu secara rasminya telah diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Bertempat di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, pengisytiharan kemerdekaan ini dibaca di hadapan Raja-Raja Melayu dengan disaksikan oleh 20,000 rakyat tempatan, 26 perwakilan asing serta 21 tetamu khas. 


Selepas membaca Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Tunku mengangkat tangan dan melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dengan penuh semangat dan laungan itu mendapat sambutan daripada hadirin dengan pekikan gemuruh sehingga menggegarkan suasana stadium. Majlis diteruskan dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu oleh Angkatan Tentera Laut diiringi lagu kebangsaan “Negaraku’ dan bedilan meriam sebanyak 101 das. Acara penuh emosi disambung dengan laungan azan sebagai tanda kesyukuran berakhirnya sebuah penderitaan yang panjang. Peristiwa ini juga menandakan lahirnya sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat.

Agak-agaknya munkin benar kata Profesor ni, British hanya datang buat 'LAWATAN SAMBIL BELAJAR' je.... Sambil-sambil mengawal ekonomi ..... he he he he  

Apa yang menjadikan kemusykilan, British menerima kekalahan Jepun bagi pihak mewakili Orang-Orang Melayu... British banyak membantu orang Melayu mengenali cheese, hot dog, steaks dan makanan2 barat... syukur sangat kan kan kan...


Kemana menghilangnya perjuangan Orang-Orang Melayu sebelum penubuhan UmNo 1946???? Kenapa Jepun menyerah kalah kepada British??? Bukan kah kita mempunyai askar yang hebat seperti Leftenent Adnan dan lain-lain....????
Apa yang nak 'he story' kan agaknya???? Kemana dan kenapa PKMM, API, Hisbul Muslimin menghilang????? Banyak 'his story' perlu diungkapkan dan disingkapkan..... BUKAN DIAUTAKAN DAN DISOROKKAN.....

Dato' Dr Mohamad Abu Bakar yang berpengalaman selama 20 tahun sebagai Professor Sejarah di Universiti Malaya menempelak professor kangkung sebagai 'Juling'..... makna juling ni - pandang ke lain... nampak yang lain... sedihhhhhhhhhh.............

No comments:

Post a Comment