Aku tak tau samada ianya benar atau tak... nampak gayanya orang yang nak mati ni kena mohon tangguhkan dulu kematiannya...
Aku tak nafikan keperluan kewangan dalam menangani pengkebumian jenazah... Islam memisahkan hukum jenazah kepada fardhu KIFAYAH... Kalau tak ada duit untuk menyelesaikan 'caj' yang dikenakan... memang payah...
Fardu Kifayah telah menjadi satu kepayahan... Umat Islam perlu memikirkan alternatif dari bebanan terhadap keluarga yang musibah seperti peruntukan dari Baitulmal dan PPZ...
AJK Masjid juga perlu memainkan peranan dengan Baitulmal dan PPZ dalam dalam menangani masalah jenazah terutamanya terhadap masyarakat marhaen yang harga getah dok bawah paras RM2/=...
Ini belum termasuk kos makan masa majlis tahlilan 3 malam berturut2... malam ke 7 bagai..

Ini belum termasuk kos 'upah' tunggu kubur... mengikut pakej 3 hari atau seminggu...
Pernah berlaku kematian seorang sahabat aku di Taman Samudera, Gombak... Si mati meninggalkan seorang balu dan 4 anak yatim... Bapa si mati (mertua balu tersebut) bertanya mengenai jumlah wang peninggalan arwah... Ada dalam akaun arwah dalam lebihkurang RM1,900/=
Bapa arwah minta keluarkan RM1,500/= untuk tahlilan selama 3 malam berturut2... Tak siapa pun yang 'sound' kan bahawa harta simati pulang ke waris... kenduri tersebut menjamu mereka dari harta anak yatim...
Bila kami 'sound'... kami kena marah... kami tidak melibatkan diri dalam majlis tahlilnya...
Selepas 3 hari kami bermesyuarat dan mengutip derma dan menguruskan perpindahan sekolah anak2nya... dan membantu si balu berpindah balik ke kampongnya di Melaka... ada modal untuknya memulakan business gerai buat menyarai anak2 yatimnya itu...
Lori diberi percuma dan wang kocek dapat dikumpulkan sebanyak RM3,500/= dapat kami sediakan...
Akhir zaman makin menyusahkan agaknya yer... Sunnah Sodaqoh sudah menjauhkan diri agaknya yer... Harap yang berilmu tinggi, berpengajian tinggi, berjawatan tinggi dapat melontar idea bernas bagi menangani situsai ini...
Entah laaa..
No comments:
Post a Comment