Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli enggan menerima menerima kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak usaha untuk menggantikan menteri besar Selangor.
Katanya, beliau akan cuba mendapatkan penjelasan PAS terlebih dahulu berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.
"Saya tak fikir sekarang ini adil untuk memberi komen. Kami sedang cuba mendapatkan penjelasan dari PAS berhubung perkara ini," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.
Sementara itu ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula ketika ditanya berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.
Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.
"Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau kepada Malaysiakini.
Rafizi dan Mahfuz diminta mengulas laporan Bernama yang menyebut, Hadi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut Hadi, Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya.
Menurut Abdul Hadi, majoriti warga Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.
Katanya, ia berdasarkan hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar.
Khalid bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Marang hari ini.
Pendirian itu bertentangan dengan persetujuan PKR dan DAP agar Khalid ditukar dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berpecahlah PKR.....Kerana itu yang lebih baik untuk kamu dari tak henti-henti melayan karenah PAS yang bebal dan memang parti Munafik yang agak nyata. Biarlah kita berjuang sendirian atau bersama DAP dan mendapat satu atau dua negeri pun sudah mencukupi dari kita berjaya dalam politik yang penuh dengan "musuh dalam selimut" atau "gunting dalam lipatan". Dengarlah DSAI...Sesungguhnya golongan muda dan sederhana lebih suka PKR menjauhkan diri dari PAS.
ReplyDelete