Social Icons

Pages

Sunday, July 20, 2014

Kumpulan Pemisah, Rusia Terus Jadi Tumpuan




Media antarabangsa terus memusatkan tumpuan ke atas puak pemisah pro-Rusia yang didakwa memusnahkan bahan bukti penting di kawasan bencana pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dikuasai mereka di timur Ukraine.

Laporan rangkaian CNN mendakwa kumpulan pemberontak Republik Rakyat Donetsk itu turut mencuri bahan kemas, kad kredit dan wang dari kawasan bencana.

Selain itu, kawasan bencana itu juga telah dimasuki penduduk tempatan yang turut memindahkan mayat dan serpihan dari pesawat berkenaan, lapor Reuters. -MK-


No comments:

Post a Comment