PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah
Tinggi terkhilaf dalam mensabitkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK)
kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini
diberitahu hari ini.
Peguam
Datuk Hazman Ahmad berkata anak guamnya Azilah Hadri, 34, tidak memiliki atau
mengawal bahan letupan C4 yang didakwa digunakan dalam pembunuhan wanita itu.
"Tidak
ada bahan letupan C4 yang disimpan di dalam stor Unit Tindakan Khas. Mereka
(Azilah dan seorang lagi tertuduh) tidak dilatih mengendalikan bahan letupan
dan bom. Bom dikawal ketat di dalam stor polis," katanya.
Beliau
berkata rekod log Azilah menunjukkan beliau hanya dibekalkan sepucuk pistol
Glock dan peluru.
Keterangan
yang dikemukakan semasa perbicaraan mendedahkan bahawa Altantuya ditembak dan
mayatnya diletupkan dengan bahan letupan di kawasan hutan yang dibersihkan pada
malam 19 Okt, 2006.
Hazman
berhujah terdapat ketidaktekalan dalam keterangan saksi pendakwaan berhubung
maklumat yang dikatakan diberi oleh Azilah yang membawa kepada penemuan lokasi
kejadian.
Beliau
berkata Azilah tidak pernah mendedahkan lokasi Puncak Alam tempat Altantuya
ditembak dan diletupkan, dan menambah terdapat salah laksana keadilan terhadap Azilah
memandangkan polis terlebih dahulu memperoleh maklumat mengenai lokasi kejadian.
"Terdapat
percanggahan serius dalam keterangan saksi pendakwaan dengan apa yang Azilah
perkatakan," kata Hazman, yang berhujah dalam rayuan Azilah dan Sirul
Azhar Umar, 39, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 mensabit dan
menjatuhi hukuman mati ke atas mereka kerana membunuh Altantuya, 28.
Mereka
melakukan kesalahan itu di Mukim Bukit Raja di Klang dekat sini antara 10 malam
19 Okt, 2006 dan 1 pagi 20 Okt, 2006.
Bekas
penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan
mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008 tanpa dipanggil
membela diri selepas pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Hazman
berkata hakim perbicaraan terkhilaf dalam undang-undang dan fakta ketika
menerima sebagai keterangan maklumat yang diberi Azilah mengikut Seksyen 27
Akta Keterangan dan menggesa Mahkamah Rayuan supaya tidak menerima maklumat itu.
Hazman
berkata Azilah memberi keterangan bersumpah dan disoal balas bertalu-talu oleh
pendakwaan namun hakim menolak pembelaan alibi anak guamnya itu sebagai
penafian semata-mata.
Sementara
itu, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar berkata
kegagalan pendakwaan memanggil DSP Musa Safri untuk memberi keterangan
menjadikan perbicaraan kes itu sebagai perbicaraan silap.
Beliau
berkata hanya Musa yang dapat mengesahkan kebenaran afidavit yang difailkan
oleh Abdul Razak yang diterima Mahkamah Tinggi, dan kemudian membebaskannya
(Abdul Razak).
"Terdapat
bahagian dalam afidavit itu yang memudaratkan tertuduh dan pembelaan dinafikan
satu-satunya cara untuk mencabar afidavit itu," katanya.
Beliau
berkata pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.
Kamarul
Hisham berkata rekod telefon Abdul Razak menunjukkan lebih 30 teks mesej yang
dihantar penganalisis politik itu kepada Musa antara 7 dan 19 Okt, 2006, dengan
12 daripadanya direkodnya pada 19 Okt, 2006, malam Altantuya dibunuh.
Beliau
juga berhujah di hadapan panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed
Apandi Ali bahawa penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki
Md Yassin tidak menyatakan motif pembunuhan itu.
Dua
lagi hakim ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Kamarul
Hisham turut berhujah Sirul Azhar terdedah kepada 'publisiti buruk' semasa
perbicaraan sungguhpun tiga akuan berkanun dan salinan kenyataan beramaran
dipercayai diberi oleh Sirul Azhar yang dimuat naik dalam laman web internet,
menjadikannya satu perbicaraan silap.
Bagaimanapun,
Apandi menempelak, dan bertanya di manakah dalam penghakiman itu hakim
membayangkan bahawa beliau telah dipengaruhi.
Beliau
berkata tidak mungkin bagi hakim secara umumnya akan terpengaruh dengan laporan
media memandangkan mereka tidak ada masa untuk melayari laman web berikutan
beban tugas mereka.
"Sekiranya
penghujahan ini dibenarkan, maka semua perbicaraan jenayah, akan menjadi
perbicaraan silap," kata Apandi, dan menambah hakim bertindak berdasarkan
fakta dan keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan.
Pendakwaan
yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah akan
berhujah esok. - SHO
Aku terfikir… apakah Hakim Mahkamah
Tinggi yang mensabitkan 2 UTK yang terkhilaf ni tak berapa cerdik la agaknya ye… sebab tu la banyak khilaf yang dilakukannya... entah la…
Deepak pula nak kata apa yer???? So... siapa yang lakukan??? Altantuya bunuh diri sendiri??? Kalau yer pun nak bunuh diri... wat per la mai jauh2... nyusahkan orang je... kan.. kan...
Yang menghancurkan dirinya tu "benda Allah aper lah agaknyer ye???? Ish ish ish... Semakin bodoh rakyat Malaysia ni...
Apa pun… Kadi Rabbul Jalil akan mengadili mereka yang terlibat… di dunia munkin terlepas… di Akhirat??? Aku harap FITNAH ni selesai dan dapat lah menyelamatkan PM aku dari diheret lagi.... 7 tahun tau beliau & isterinya serta keluarga terseksa dengan tuduhan keterlibatan dengan pembunuhan Altantuya ni....
No comments:
Post a Comment