Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk
pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial.
Pasukan itu akan memantau kandungan yang dimuat
naik di laman Facebook atau sosial mereka, lapor Sin Chew Daily hari
ini.
Harian berbahasa Cina itu memetik Pengarah
Pelajaran Johor Mohd Nor Ghani sebagai mengingatkan guru besar dan guru supaya tidak
mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia
mempengaruhi pelajar.
“Saya tidak mahu sebarang elemen politik atau
perkauman dalam pendidikan, ini akan menjejaskan pelajar,” beliau dipetik
sebagai berkata.
Bercakap dalam sebuah forum pendidikan semalam,
Mohd Nor juga berkata, golongan pendidik sebagai penjawat awam tidak patut
melakukan kesalahan dan mencipta masalah untuk diri sendiri. – MK –
No comments:
Post a Comment