Social Icons

Pages

Sunday, December 8, 2013

SYIAH: PAS SOKONG MOHAMAD SABU SAMAN ZAHID HAMIDI


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menyifatkan tuduhan kononnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah sebagai serangan peribadi yang keterlaluan.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, beliau berkata justeru itu PAS menyokong usaha Mohamad untuk mengambil tindakan undang2 ke atas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat tuduhan itu.

Menurutnya, sehingga kini PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung tuduhan yang dikaitkan ke atas Mohamad itu.

“Saya sebagai Setiausaha Agung PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung pembabitan Mohamad Sabu seperti yang disebut itu.

“Maka bagi saya, wajarlah Mohamad Sabu mengambil tindakan undang2 terhadap Zahid,” kata Mustafa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

Dalam ucapan itu juga, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bertindak mengumumkan memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

Dalam pada itu, Mohamad dalam reaksinya semalam berkata, beliau akan berbincang dengan peguam bagi mengambil tindakan undang2 terhadap Zahid ekoran tuduhan terhadapnya itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata, jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad.

Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.


SayaAhli Sunnah Wal Jama’ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah,” tegas Mohamad.

No comments:

Post a Comment