KUALA LUMPUR: PresidenPAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menafikan laporan akhbar
pro kerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa beliau ialah
Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.
Beliau berkata, walaupun beliau dan PAS mendukung
demokrasi dan menentang kudeta di Mesir namun adalah tidak munasabah beliau
dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.
“Saya menafikan sekeras2nya dan berita
ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang
duduk di timur jauh melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di
Mesir.
“Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak
asasi manusia kita sokong bukan sahaja PAS tapi parti lain di barat yang
mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.
“Mereka nak heret kita terlibat dengan Ikhwan itu
adalah tidak benar kerana kegiatan Ikhwan terlibat dengan Asia Barat dan orang
Asia Barat di Eropah, jadi tak munasabah nak letak saya sebagai setiausaha
agung,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin
Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa TuanGuru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang
bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.
Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli ParlimenMarang juga menyifatkan laporan tersebut sebagai provokasi untuk mengganggu
hubungan PAS dengan pihak luar.
“Ini satu berita provokasi untuk menyulitkan kita
dalam hubungan antarabangsa,” katanya.
Justeru, tegasnya PAS sedang mengkaji tindakan
guaman yang boleh diambil ke atas akhbar tersebut.
“Saya telah hubungi rakan2 di Asia Barat
termasuk rakan di UK untuk menafikan berita ini dan kita serah juga kepada
pihak guaman untuk mengambil tindakan sewajarnya,” tegasnya yang juga Adun Rhu
Rendang.
Pada 22 Oktober 2007, Tuan Guru Abdul Hadi
memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa
Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.
Daily Mirror dalam akhbar dan juga web mereka,
secara terang2an menyiarkan gambar Datuk Seri dan mengaitkan beliau
sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah
pusat membeli-belah di Kent.
Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga
dalam pertubuhan Al-Qaeda, dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.
No comments:
Post a Comment