KUALA TERENGGANU: Kematangan penganjur konvoi Kembara Oren
Selamatkan Felda peringkat negeri Terengganu berjaya daripada memasuki jerat
provokasi Umno BN yang berakhir semalam.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka
Felda Kebangsaan (Anak) Terengganu, Shalahuddin Jaafar berkata program konvoi
Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya mencapai sasarannya sekaligus mengelak
berlaku provokasi yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN.
Katanya, keseluruhan agenda
jelajah tersebut mendapat sambutan baik dari masyarakat Felda kecuali di Felda
Selasih dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu berlaku sedikit
ketegangan.
“Alhamdulillah, program Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya dan dapat sambutan baik dari warga Felda yang kita lalu dan singgah kecuali sedikit provokasi di Felda Selasih, Dun Jabi, Setiu.
“Kami berjaya elak tercetusnya pergaduhan kerana kematangan pihak penganjur dan para peserta kembara ini. Kami percaya ianya didalangi oleh pihak Umno dan agen2 Barisan Nasional,” ujarnya kepada Harakahdaily di Taman Rekreasi Lata Hot Spring, Hulu Besut, semalam.
Menurutnya, kembara oren tersebut disertai sama
oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, pimpinan PAS negeri Terengganu serta
pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Setiausaha Anak Terengganu, Noraza Muda melahirkan rasa dukacita dengan tindakan tidak matang pihak Umno serta agen2 Barisan Nasional.
Katanya, meski pun terdapat tujuh laporan polis yang dibuat bagi menghalang program kembara oren namun tidak berhasil.
“Kami rasa sangat dukacita dengan sikap tidak matang pihak Umno dan agen2 BN yang cuba buat kacau dan cetuskan provokasi kepada para peserta konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda.
“Kita bukan hendak buat kacau sebab kami pun orang Felda juga…tapi mereka buat ‘sekatan’ dengan ‘perisai manusia’ berkumpul depan pintu masuk ke Felda Selasih, Jabi, Setiu.
“Di Felda Selasih, kami hanya mahu singgah untuk solat Asar sekitar jam 5.45 petang dan ikut jadualnya hanya bersolat jemaah sahaja,” jelasnya dengan nada kecewa.
Namun, kata Noraza, para peserta rombongan dihalang sama sekali dan tidak dibenarkan ke masjid serta dicemuh dengan kata2 provokasi.
Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat membuat pelepasan peserta konvoi di Dataran Ketengah Jaya, Kertih dan berakhir di Felda Tenang.
Di Felda Tenang, Hulu Besut acara kemuncaknya dengan Ceramah Perdana oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim, Shalahuddin Jaafar (Pengerusi Anak Terengganu), Presiden NGO Waris, Roslan Ismail dan Pengerusi NGO Royalti Terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah.
–
Sumber –
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete