Pages

Saturday, February 4, 2012

“TANAH KUBUR HUTAN SETALI DIROMPAK”


  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




TANAH KUBUR HUTAN SETALI DICEROBOH


KUANTAN, 4 Feb: PAS Pahang hari ini melahirkan rasa dukacita terhadap pencerobohan tanah perkuburan Islam Hutan Setali, Kuantan yang telah dibangunkan ke lot2 kedai dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Tanah yang dimaksudkan terletak di lot 338, Tanah Kubur Tambahan di Hutan Setali yang mempunyai keluasan 1.206 hektar (3 ekar).

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang pada 20.9.2000 telahpun meluluskan tanah tersebut sebagai rezab kawasan Tanah Kubur Tambahan di Hutan Setali.

Apa yang mendukacitakan bilamana kawasan ini dibangunkan lot2 kedai dengan kelulusan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), sedangkan agensi tersebut sepatutnya tidak meluluskan kawasan tambahan ini untuk dibina lot kedai, kerana ianya telah pun diluluskan sebagai tanah rezab perkuburan, kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sehubungan itu, katanya diharapkan pihak berwajib menjalankan siasatan terperinci terhadap hal ini.  

PAS mengesa satu siasatan rapi yang melibatkan pelbagai agensi seperti Pejabat Tanah Daerah, Majlis Perbandaran Kuantan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti dilakukan bagi mengembalikan semula kawasan tersebut sebagai kawasan perkuburan Tambahan sejajar dengan keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri, tegas beliau.


PAHANG DIKUASAI MAZHAB UMNO SELAMA DARI MULA MERDEKA SEHINGGA SEKARANG.

AGAKNYA DAH HABIS HUTAN BALAK KOT SAMPAI TANAH KUBUR PUN DISAPU ATAS ALASAN PEMBANGUNAN.

MUNKIN ORANG ISLAM DI PAHANG AKAN DI TANAM DI KUBUR 1 MALAYSIA SEBAB YANG PERKENALKAN 1 MALAYSIA PUN DARI PAHANG….

HE HE HE….. PUAK NI BUKAN KIRA HALAL KE HARAM….. JANJI JADI DUIT….. INILAH AMANAH YANG DIREBUT SANGAT… AMANAH UNTUK PENYAMUN… SEPERTI KATA MASHITAH:

PECURI TAYAR, BERI KERJA KAT KEDAI TAYAR. PEROMPAK BERI KERJA PENGURUS BANK

No comments:

Post a Comment