Pages

Thursday, February 2, 2012

MENTERI MANA PLAK SAPU DANA YAYASAN TAQWA???? ISH ISH ISH


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ






PAS DAKWA MENTERI SALAH GUNA DANA YAYASAN TAQWA

PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan sepatutnya menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

Antaranya bantuan mesin rumput, pam racun dan berbagai2 bantuan kepada penduduk Jerai. Kita tidak menentang memberi bantuan kepada rakyat.

Tetapi mana2 hasil negeri tersebut khususnya zakat, selagi mana penduduk negeri tersebut masih ada yang miskin, tidak boleh bawa ke tempat lain.

Apatah lagi, Wilayah Persekutuan cukup ramai dengan setinggan, PPR dan ibu tunggal yang hidup dalam kemiskinan, tiba2 tetapi ambil duit Yayasan Taqwa bawa pergi ke Jerai, kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Nasaie Ismail.
NONE

Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden PAS berkata pihaknya menyedari perkara ini berlaku pada tahun lalu, dan tidak pasti sama ada ia pernah berlaku sebelum itu.

Jumlah belum dikesan

Kita sedar sejak 2011, sekurang2 lima program bawah menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa, katanya.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat mengesan berapa jumlah yang digunakan oleh Jamil (kiri).

Menurut Nasaiei, beliau  juga menerima laporan daripada penduduk dan pengundi Jerai bahawa hal ini sudah masyhur dan bukan secara rahsia di kawasan Jerai dan kawasan sekitarnya seperti Yan dan Guar Chempedak.

Mohd Nasaie berkata beliau difahamkan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, Mohd Nasaie membantah tindakan Jamil yang juga ketua penerangan Umno Kedah dan mendesak satu jawatankuasa audit bebas ditubuhkan untuk mengaudit kewangan dan pengurusan semua agensi di bawah MAIWP.

Kisah seterusnya KLIK DI SINI

HA HA HA duit duit duit…. Kalau naik dalam perjuangan macam roket… turun pun kena macam roket la…

Jamil Khair naik dengan ihsan Haji Najib yang tersepit nak guna Mashitah ke Nakhaei… Nakhaei tak boleh sebab dia bekas orang PAS… dia layak sebagai anjing pemburu je… Kalau ada isu bersabit dengan PAS… Nakhaei akan disuruh menyalak dulu…

Nak pakai Mashitah… Bik Mama menjeling tajam… lebih cun dari dia agaknya … buat Abang Aji memanggil Jamil Khair, Kagat yang setia berkhidmat…

Jamil mewarisi warisan KAGAT dari Jeneral Zainal Abidin Abdul Hamid lagi.. Namun Jeneral ni sudah tak ada berita di kambus oleh Zahid di Bagan Dato…

NONEPanjangkah usia Jamil Khair (gambar) dalam UmNo??? UMNO Yan dan Jerai maukan dia ke??? Sejarah Umno… orang bawahan mana mau ngan geng ustaz… mana Fadhil Hanafi??? Mana Che Min Che Mat (Bekas KP Jakim – MP Pasir Putih)??? Mana Zainal Abidil Andul Kadir (Bekas KP JAKIM – Adun Melor)???? Mana Nik Ali (bekas Kadi Pendang – Kalah di Alor Merah)???? Mana Firdaus Imam (tendang Kotak Permatang Pauh)????? Kenapa menghilang???? UmNo ingat ke kat depa ni???? He he he…. Boleh kuda… kuda… Sapa kuda sapa????? Entahlah.

No comments:

Post a Comment