السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ASTAGHFIRULLAH – ANWAR
BUAT HAL LAGI… SOKONG ISRAEL LA PLAK…..
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mendokong dasar satu
bantahan aman anjuran Jingga 13 dengan dokongan AMK, Pemuda PAS dan Kesatuan
Pekerja North Port berikutan kemasukan kapal ZIM Europa kepunyaan Israel dan
menyeru rakyat Malaysia untuk sama2 berhimpun di hadapan pagar Westport,
Pelabuhan Klang pada 22 Februari (esok), jam 5.00 petang.
“Bantahan ini adalah solidariti rakyat Malaysia terhadap kezaliman yang
ditunjukkan Yahudi Israel dan penyokongnya termasuklah kerajaan Umno Barisan
Nasional kepada rakyat Palestin,” kata setiausahanya, Nor Mazli Muhammad dalam
satu kenyataan.
Katanya, AIC merasa simpati dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat
Palestin dengan peperangan fizikal dan mental yang dilancarkan oleh rejim
Israel.
Tambahnya, keadaan diburukkan lagi dengan pencabulan pendirian Kerajaan
Malaysia dengan membenarkan kapal2 kargo dari Israel berlabuh di
pelabuhan negara kita.
Menurutnya, Malaysia mengamalkan diplomasi serantau tetapi dengan tegas
tidak mempunyai hubungan perdagangan atau diplomatik dengan negara haram
Israel.
Walau bagaimanapun, AIC mendapati tindakan kapal kargo Israel berlabuh di
Pelabuhan Klang sebagai tamparan hebat buat rakyat Malaysia yang percaya
Kerajaan Malaysia menolak sepenuhnya hubungan dengan Israel.
“Tindakan Kerajaan Malaysia ini merupakan satu penghinaan kepada agama
Islam dan perjuangan rakyat Palestin.
“Tindakan ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan
Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf kerajaan haram Israel,” ujarnya lagi.
Katanya, polisi yang selama ini dilaungkan kerajaan Malaysia adalah satu
penipuan kepada dunia dan rakyat Malaysia khususnya.
“Kita menentang sekeras2nya tindakan kapal kargo Israel
berlabuh di pelabuhan negara kerana akan membawa kepada satu perubahan
kepercayaan terhadap ketegasan negara melawan regim Israel,” ujarnya.
semua wayang kulit...nak suruh orang undi barisan nasional/UMNo la tu...kamu kene sedar apa yang kamu pakai dan makan tu semua dr jenama yahudi(ISRAEL) so xpayah la na salah kan sape2....PEACE
ReplyDelete