Pages

Showing posts with label undang2 Islam. Show all posts
Showing posts with label undang2 Islam. Show all posts

Thursday, August 4, 2016

Kelicikan Sekular Generasi Baru Berhujah Ikut Logika Akal...


Kelicikan sekular generasi baru, mereka bijak memanipulasi istilah2 syarak dan dipadankan dengan nafsu mereka. Aplikasi ilmu logik atau ilmu kalam mengatasi nas dan dalil…

Berikut adalah contoh2 laras bahasa mereka beserta sanggahan serba ringkas :

Mereka kononya mahukan keadilan Islam tanpa undang2 Islam. Ibarat mahu kenyang tanpa makan.

Mereka meminta untuk menunggu hingga keadaan kondusif baru boleh laksanakan undang2 Islam. Ibarat tunggu sembuh baru berubat.

Mereka meminta kita memenangkan mereka ke Putrajaya baru kita laksanakan hudud…

Mereka beralasan perlu pastikan rakyat semua faham Islam terlebih dahulu baru boleh laksanakan undang2 Islam. Bagaimana dapat dipenuhi tuntutan tersebut sedangkan orang jahil lahir setiap minit.

Mereka mendakwa bahawa hudud, qisas dan ta’zir bukan satu2nya fokus Islam. Ya, itu semua bukan semata2 fokus Islam. Bahkan ia merupakan mekanisma yang diperintahkan oleh Allah untuk memperbaiki negara dan rakyat. Maka ia adalah tuntutan agama dan isu nasional.

Mereka melaungkan yang penting kita laksanakan maqasid. Hakikatnya maqasid bukanlah perlaksanaan. Sebaliknya ia adalah kesan yang terhasil setelah melaksanakan syariat. Oleh kerana itu ia dinamakan Maqasid al-Syariah.

Justeru, kita wajib mengaplikasikan Fiqh Nusus terlebih dahulu sebelum mengutarakan teori Waqie, Muwazanat, Awlawiyyat dan Taghyir.

Agar kita tidak bermain2 dengan autoriti nas.

Cerita kaitan 1 klik disini
Cerita kaitan 1 klik disini