السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
‘JANGAN JADIKAN WANITA UMNO PERISAI ISU NFC’
Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak sewajarnya menyalahkan pihak
lain berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi kemarahan
rakyat, kata Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.
“Jangan reka cerita kononnya ada yang nak
jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita Umno
sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku,” tegasnya.
Beliau yang beberapa kali menggesa Shahzirat berundur mempersoalkan sama ada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu sayangkan jawatan atau ikhlas berjuang dalam Umno.
“Mengapa susah sangat nak letak jawatan menteri, tak perlu bercuti dan salahkan orang lain kononnya ada agenda peribadi nak jatuhkan beliau,” ujarnya, seperti dilaporkan dalam blog Umno bahagian itu semalam.
Syed Ali berkata, tidak ada pemimpin
Umno yang secara peribadi memusuhi Shahrizat tetapi mereka bersuara kerana
tidak mahu Umno dicemuh rakyatberkaitan isu NFC.
“Sampai bila mahu cakap tak serupa bikin, kononnya Umno menentang segala bentuk penyelewengan, rakyat sedang memerhati sejauh mana ikhlasnya kerajaan hari ini,” ujarnya.
HANYA ORANG CERDIK MACAM SYED ALI JE YANG NAMPAK UMNO TENAT DENGAN “VIRUS LEMBUZAT”.
RAMAI LAGI YANG TERKENA JANGKITAN NI TERMASUK LAH HJ NAJIB SEBAB BO ROSMAH BAIK NGAN JAT AGAKNYA.... HE HE HE HE.....
RAMAI LAGI YANG TERKENA JANGKITAN NI TERMASUK LAH HJ NAJIB SEBAB BO ROSMAH BAIK NGAN JAT AGAKNYA.... HE HE HE HE.....
No comments:
Post a Comment