Pages

Sunday, December 9, 2012

KEMBARA OREN LEPASI JERAT PROVOKASI UMNO


KUALA TERENGGANU: Kematangan penganjur konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat negeri Terengganu berjaya daripada memasuki jerat provokasi Umno BN yang berakhir semalam.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Terengganu, Shalahuddin Jaafar berkata program konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya mencapai sasarannya sekaligus mengelak berlaku provokasi yang cuba dicetuskan oleh Umno-BN.

Katanya, keseluruhan agenda jelajah tersebut mendapat sambutan baik dari masyarakat Felda kecuali di Felda Selasih dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu berlaku sedikit ketegangan.

“Alhamdulillah, program Kembara Oren Selamatkan Felda berjaya dan dapat sambutan baik dari warga Felda yang kita lalu dan singgah kecuali sedikit provokasi di Felda Selasih, Dun Jabi, Setiu.

“Kami berjaya elak tercetusnya pergaduhan kerana kematangan pihak penganjur dan para peserta kembara ini. Kami percaya ianya didalangi oleh pihak Umno dan agen2 Barisan Nasional,” ujarnya kepada Harakahdaily di Taman Rekreasi Lata Hot Spring, Hulu Besut, semalam.

Menurutnya, kembara oren tersebut disertai sama oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, pimpinan PAS negeri Terengganu serta pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Setiausaha Anak Terengganu, Noraza Muda melahirkan rasa dukacita dengan tindakan tidak matang pihak Umno serta agen2 Barisan Nasional.

Katanya, meski pun terdapat tujuh laporan polis yang dibuat bagi menghalang program kembara oren namun tidak berhasil.

“Kami rasa sangat dukacita dengan sikap tidak matang pihak Umno dan agen2 BN yang cuba buat kacau dan cetuskan provokasi kepada para peserta konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda.

“Kita bukan hendak buat kacau sebab kami pun orang Felda juga…tapi mereka buat ‘sekatan’ dengan ‘perisai manusia’ berkumpul depan pintu masuk ke Felda Selasih, Jabi, Setiu.

“Di Felda Selasih, kami hanya mahu singgah untuk solat Asar sekitar jam 5.45 petang dan ikut jadualnya hanya bersolat jemaah sahaja,” jelasnya dengan nada kecewa.

Namun, kata Noraza, para peserta rombongan dihalang sama sekali dan tidak dibenarkan ke masjid serta dicemuh dengan kata2 provokasi.

Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat membuat pelepasan peserta konvoi di Dataran Ketengah Jaya, Kertih dan berakhir di Felda Tenang.

Di Felda Tenang, Hulu Besut acara kemuncaknya dengan Ceramah Perdana oleh Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Penaung Mampat, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim, Shalahuddin Jaafar (Pengerusi Anak Terengganu), Presiden NGO Waris, Roslan Ismail dan Pengerusi NGO Royalti Terengganu, Mohd Fauzi Abu Samah.

Sumber

PEMUDA PAS LAPOR POLIS - WANG SERI TEMI DIROMPAK




PADANG TERAP: Pemuda PAS Padang Terap meminta pihak polis menyiasat pemimpin tertinggi dalam Anak Syarikat Negeri Kedah, Seri Temin Developement Corporation (STDC) yang didakwa menyalahgunakan wang syarikat untuk kepentingan Umno.

Ketuanya, Nasir Zakaria membuat laporan polis terhadap Pengerusi Lembaga Pengarah (STDC), Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Adun Pedu di Balai Polis Kuala Nerang, kelmarin.

D
alam persidangan Dun Kedah pada 20 hingga 22 November lalu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mendedahkan, dari tahun 2003 hingga 2008, STDC mengeluarkan duit untuk membiayai parti politik Umno.

Duit itu antaranya digunakan untuk memberi sumbangan tunai kepada 15 kawasan parlimen menjelang pilihan raya umum ke-12 sebanyak RM1.7 juta.

S
elain itu, duit STDC juga digunakan untuk membeli kereta Proton Gen 2 kepada penasihat CEO STDC berjumlah RM42,431,64.

D
uit syarikat turut digunakan bagi membeli cenderahati sempena mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap sebanyak RM26,150.

S
elain itu duit turut digunakan untuk:

1)
Membeli kemeja T dan wang saguhati kepada aktiviti konvoi Pemuda Umno padang Terap sbeanyak RM4 ribu.

2)
Meberi sumbangan RM5 ribu kepada Umno Cawangan Padang Kerasak

3)
Menaja kalendar Datuk Seri Mahadzir Khalid sebanyak RM8 ribu

4)
Pemasangan billboard mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu

5)
Sebanyak RM10 ribu dikeluarkan untuk membiayai lawatan sambil belajar Pemuda Umno Kedah

6)
Lawatan sambil belajar Puteri Umno Kedah sebanyak RM5 ribu

7)
Menyumbang sebanyak RM200 ribu kepada Umno negeri

8)
Membayar sewa khemah dan meja untuk mesyuarat Umno Padang Terap sebanyak RM10 ribu

9)
Membeli tudung untuk Puteri Umno RM20 ribu

10)
Membayar sebanyak RM21,700 untuk tujuan makan minum mesyuarat Umno Padang Terap


Sumber

Tuesday, November 20, 2012

KALAU NAMA UMNO NI .. TAK LARI DARI NAK FITNAH JE KERJANYA...


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

BUKTI MAMAT BUTA JAWI HASIL DIDIKAN UMNO HAPUSKAN TULISAN JAWI.. KEJAYAAN PROJEK BARISAN NASIONAL

Berbekalkan sebuah button yang punya tulisan jawi, seorang lelaki yang dipercayai pencacai UMNO cuba memperlekehkan Perwakilan PAS pada Muktamar yang ke 58 lalu..

Menurutnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perwakilan PAS pada Muktamar yang lalu ini dengan membeli ‘Button’ yang berharga RM5 ke RM10 dan dengan pembelian tersebut anda bebas berada dalam dewan seperti Perwakilan yang sah.

Oleh itu menurutnya lagi Ahli PAS sepatutnya merasa malu kerana untuk menjadi perwakilan ke Muktamar itu ianya boleh dibeli. 

Sebenarnya jika pencacai UMNO itu tahu membaca tulisan jawi, beliau pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan yang menyerlahkan akan sifat ‘Buta Jawi’ yang ada pada dirinya.

Apa yang tertulis pada ‘Button’ tersebut adalah perkataan ‘PEMERHATI’ (فـمرهاتي) bukannya ‘PERWAKILAN’ (فرواكـيلن).. itulah.. tak tahu bacapun masih nak menyebar fitnah.. kan dah malu diri sendiri..  


AZHAR SULAIMAN NGAKU MURTAD ANGKARA UTUSAN MALAYSIA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Gila, walaupun hanya untuk tujuan memerli Nik Aziz, Azhar Sulaiman telah membuat status yang boleh meruntuhkan akidah dan mendatangkan fitnah melalui kenyataannya di FB.
 
Aku tak tau lah si bengong ni ada akai ka tak dak.. Mencari popularity BENGONG camni …. Nak persenda untuk popularity pun cari.. cari la cara lain…

Isu murtad adalah perkara yang sangat sensitif. Pelakon Azhar Sulaiman telah memperli Tuan Guru Nik Aziz dengan mengatakan dirinya sudah murtad kerana menjadi penyokong Umno dan Barisan Nasional. Aduhai.. macam2 berlaku kerana politik.

Baru la aku tau yang dia ni ahli UMNO.. 

Monday, November 19, 2012

LAPORAN 'UMNO MURTAD': FITNAH TERBARU NIK AZIZ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan “Umno murtad” hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.
                                                           
Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang2 ke atas akhbar berkenaan.

“Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang menulis ‘Nik Aziz dakwa Umno murtad” adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.

“Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN),  Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Kata laporan itu, beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, Umno tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa2 yang memohon agar Umno dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

“Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

“Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi2 dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

“Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya dipetik akhbar itu.

Terdahulu ‘admin’ FB Nik Aziz berkata:

“Setelah layanan baik diberikan kepada media termasuk Utusan Malaysia sepanjang Muktamar Pas Kali ke-58, inilah hadiahnya. Fitnah yang sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am Pas.” sumber

MUHYIDDIN SERU KENAL PASTI MINAT, KECENDERUNGAN ANAK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

KETAM MENGAJAR ANAK NYA JALAN LURUS

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru ibu bapa serta guru mengenal pasti minat dan kecenderungan anak2 di sekolah dari awal melalui kegiatan kokurikulum serta sukan bagi memastikan bakat mereka tidak terbantut.

Timbalan Perdana Menteri berkata, peranan serta dorongan ibu bapa dan guru merupakan cara terbaik mengembangkan bakat kanak2 kerana penglibatan dalam kokurikulum serta sukan dapat melengkapkan dimensi pendidikan seseorang pelajar secara holistik.

“Namun jika minat dan kecenderungan ini tidak diperkukuh melalui sokongan dan dorongan sewajarnya, bakat mereka akan terbantut dan terhenti setakat itu sahaja.

“Oleh itu, saya menyeru guru2 serta ibu bapa lebih komited dan berusaha ke arah memperkembangkan lagi keupayaan dan kreativiti pelajar serta mengasah pemikiran mereka supaya lebih positif dan progresif melalui apa jua aktiviti kokurikulum yang diceburi,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berucap sempena Majlis Makan Tengah Hari Meraikan Kejayaan Kontinjen Malaysia di Pertandingan Robot Olimpiad Dunia Kuala Lumpur (KL WRO 2012) di Dewan Bankuet Parlimen hari ini.

Majlis berkenaan bagi menghargai kejayaan cemerlang negara muncul juara keseluruhan pertandingan yang julung kali dianjurkan Malaysia dari 9 hingga 11 November lalu dengan memungut dua pingat emas, dua perak dan lapan gangsa.

Jumlah terkumpul berkenaan merupakan 50 peratus daripada 24 pingat yang dipertandingkan.

Berhubung kejayaan itu, Muhyiddin berkata, kemenangan tersebut merupakan kejuaraan ketiga Malaysia dalam WRO dan sepanjang sembilan tahun penganjurannya, belum ada pasukan yang berjaya memungut lebih daripada dua pingat emas.

Dalam masa sama, beliau turut berbangga dengan kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor yang memenangi Anugerah Tajaan dan Pemasaran, Anugerah Paling Disukai (Most Liked) serta Anugerah Kajian Terbaik dan Pembangunan dalam pertandingan 'F1 In Schools' di Abu Dhabi, baru2 ini. sumber

JAMIL KHIR: DOA 'KO BN' DOA POLITIK PAS


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan doa 'KO BN' dibacakan oleh Pas pada Jumaat lalu sebagai “doa politik.”

Ini kerana menurut beliau, Pas lebih mementingkan cita2 mahu menguasai Putrajaya daripada membincangkan isu2 pokok berkaitan agama dan dasar perjuangan parti itu.

“Saya percaya rakyat boleh menilai doa yang dibuat oleh Pas ini, malah ada di antara ahli Pas sendiri tidak menerima doa ini,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. – sumber –

JAMIL… JAMIL… KO LUPA KE??? MAHATHIR KATA DEPA DOA, KITA PUN BOLEH DOA… DOA LA… APAHAL YANG TAKUT SANGAT NGAN DOA TU????

KALAU KORANG TAK DER SALAH PER PER… WAT PER AMBIL POT… NI NAMPAK MACAM BILA PAS BERDOA, ALLAH MAQBULKAN… RASA MACAM MEMANG UMNO BE END KOMPOM PENZALIM DAN PENINDAS MERANGKAP PENYAMUN HARTA NEGARA.

HARUSSANI TAMBAH SERABUT - TAK BACA MUSTIKA HADIS KE?????


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

HARUSSANI: DAKWAAN MURTAD OLEH NIK AZIZ SATU FITNAH KEPADA UMAT ISLAM

IPOH - Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mendakwa Umno sebagai murtad adalah satu fitnah kepada umat Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
   
Beliau turut mempersoal atas asas apa dakwaan murtad itu dikeluarkan oleh Nik Aziz sedangkan umat Islam yang menjadi anggota Umno juga mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu dan bertuhankan Allah yang satu.
   
“Dan jika kita menyampaikan pendapat serta mempertahan Islam, macam mana dihukum murtad? Dalam keadaan sekarang, tidak pernah berlaku di dalam Islam untuk mendoakan kehancuran orang Islam. Salah, ia bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendiakawan Islam yang disempurnakan Pemangku Raja Perak Raja Nr Nazrin Shah di sini hari ini.
   
Beliau berkata perbuatan berdoa dan mengaminkan kehancuran umat Islam adalah bidaah dan hukumnya haram serta perlu bertaubat manakala menuduh orang Islam kafir boleh membuatkan orang Islam yang menuduh itu sendiri menjadi kafir.
   
Katanya dalam Islam, seluruh umat adalah bersaudara dan menjadi kewajiban untuk menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, namun parti pembangkang PAS melenting dan menuduh pihak lain tidak menyokong Islam apabila tindakan melampaunya ditegur.

“Macam mana dia (Nik Aziz) tuduh orang Umno semua sekali itu murtad. Apa maksud murtad yang dia kata, kalau bersekongkol dengan kafir Harbi yang terang2 menentang Islam itu adalah kafir,” katanya.
   
Harussani berkata perkelahian antara umat Islam sedang berlaku dalam masyarakat di negara ini dan ia sesuatu yang mendukacitakan.
   
“Ini sekarang berlaku dalam masyarakat kita. Politik itu politik, Islam itu Islam, kita jangan berkelahi, di mana pun jangan berkelahi. Tapi kalau kita berkelahi semasa sendiri, itu taksub yang diharamkan Rasulullah. Ini dipanggil asabiyyah.
   
“Asabiyyah dalam kalangan orang Islam ini ada berpuak2. Berpuak dari segi politik ini tiada apa2 selagi kita tidak memutuskan hubungan silaturrahim. Perbezaan pendapat dari sudut syarak tidak salah, ia membawa kemajuan. Tapi saya lihat yang berlaku dalam kalangan orang PAS, ia membawa kebencian, mereka menghukum dan menuduh,” katanya.
   
Harussani turut berkata ada sebuah hadis mengenai supaya berhati2 terhadap penyelewengan orang alim kerana golongan itu mempunyai pengaruh dan pengikut.

“Ini kerana yang ikut dan puja dia mesti sokong, alasannya Nabi Noh juga mendoakan umatnya ditenggelamkan, tapi perlu ingat Nabi Noh doakan mereka yang telah tolak dakwah Allah yang baginda bawa, tapi anak, baginda panggil,” katanya.
   
Terdahulu dalam ucapannya, Harussani berkata umat Islam sedang dihancurkan oleh musuh Islam walaupun dilakukan secara tidak berterusan namun mereka menggunakan taktik pecah-belah menyebabkan umat bercakaran dan dibunuh.
   
“Dalam negara ada orang Islam yang digelar ulama memimpin doa untuk dihancurkan sesama Islam, di mana akhlak, iman, pegangan orang Islam pada waktu ini?” soal beliau.
   
Katanya keadaan yang berlaku hari ini disebabkan kelalaian dan kejahilan tentang akidah serta prinsip Islam sehingga ada yang berebut untuk tempat dan kerusi politik serta kedudukan.
   
“Sedangkan kedudukan yang telah diberi Allah adalah sebagai Islam kerana umat Islam adalah sebaik2 umat,” katanya.
   

Beliau berkata sepatutnya solat hajat dan doa diadakan supaya menghancurkan musuh Islam yang terang2 membunuh umat Islam seperti di Palestin dan Rohingya.sumber

HARUSSANI MACAM ADA SPRING BILA UMNO TERKENA SESUATU… NAMPAK SANGAT ULAMAK NI MENTERJEMAHKAN DIRINYA SEBAGAI ULAMA SUK… MENJADI PERISAI DARI SERANGAN GERAKAN ISLAM…

AKU RASA DIA TAK TERIMA APA KAH CIRI CIRI KEMURTADAN YANG ADA DALAM KITAB MUSTIKA HADIS KELUARAN JPM TUUUU

BILA MELIHAT HUJAH CETEK BELIAU, KEMUNKINAN JUGA DIA DIANTARA YANG MENOLAK HADIS2 SAHIH YANG MENCERITAKAN PERKARA2 YANG BOLEH MEMBATALKAN SYAHADAH… 10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH AMATLAH DIBIMBANGI….

Thursday, November 15, 2012

KETUA ULAMA PAS: HARUSSANI JUGA PERLU BERTAUBAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

KOTA BHARU - Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib meminta Mufti Perak,  Tan Sri Harussani  Zakaria  turut bertaubat kerana didakwa  tidak menyokong perjuangan Islam.

   
Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Harussani yang meminta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari mengenai kebebasan agama.
 
“Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia juga harus bertaubat," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di sini, hari ini.

Sambil mengelak pertanyaan berkaitan Nurul Izzah, Harun tetap mempertahankan kenyataan pemimpin PKR itu yang disifatkan “biasa sahaja."
 
“Pada asalnya, apabila belum masuk Islam, dia bebas memilih Islam atau tidak.  Tapi, yang tidak bebas (apabila) sudah masuk Islam, tidak boleh sekali Islam, sekali Kristian. Itu tidak adil,” katanya.
 
“Kita tidak ambil berat, kita anggap biasa sahaja, saya tidak mahu bicara soal ini, tanya benda lain seperti (bekas Perdana Menteri, Tun Dr) Mahathir (Mohamad) buat, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) buat,” katanya. sumber –