السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
KUALA LUMPUR,
23 Feb: Mufti
Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ditegur cara Sohibus Samahah beliau dalam
mengutip dan mengulas berita tanpa menyiasat kesahihan berita terlebih dahulu.
Dalam satu
kenyataan berbentuk nasihat hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man (gambar)menasihati
Harussani untuk meninggalkan tabiat “mengambil berita di tepi jalan yang
tidak mempunyai sandaran yang sah atau tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu
berita, lalu terus membuat ulasan.”
Sebagai
seorang mufti, Tuan Ibrahim menasihatkan beliau agar berpegang dengan firman
Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu
seseorang fasik membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita
tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa
kepada kekesalan”.
“Banyak
peristiwa dan kenyataan yang beliau ulas tidak mempunyai sandaran yang kukuh,
dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja. Ini termasuklah dakwaan beliau
bahawa lebih 200,000 umat Islam telah murtad, dakwaan bahawa Pulau Pinang tidak
benarkan perarakan Maulid Nabi dan sebagainya.”
“Terbaru
beliau cuba mengulas isu bai'ah, dalam keadaan beliau tidak memahami keadaan
sebenar,” tegur beliau.
Dalam isu
bai'ah yang diamalkan PAS selama ini, Harussani mendakwa bahawa tujuannya
adalah untuk menakut2kan ahli kerana soal akhirat adalah ketentuan
Allah.
“Jadi kalau
kita bersumpah berjanji kita dapati benda itu tak betul tak kan kita tak boleh
tarik balik. Tak usah kita menakutkan orang dengan perkara akhirat sedangkan
kita sendiri tidak pasti apakah orang berwajib bai’ah untuk tujuan berpolitik.
Pada saya dia boleh buat perjanjian tapi masalah di akhirat bukan masalah kita,
ia adalah masalah Allah,” beliau dipetik sebagai berkata.
Menjawab
dakwaan Harussani, Tuan Ibrahim berkata bai'ah dalam PAS mempunyai nas dan
sandaran yang kukuh dalam sejarah dan keilmuan Islam. Bahkan, kata beliau dalam
Al Quran dan Hadis secara jelas membicarakan soal bai'ah samada sewaktu
perjanjian Aqabah, Hudaibiyah, dan lainnya, semuanya membuktikan ba’iah ada
asas kukuh.
Kata
Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, PAS menggunakan kaedah bai'ah kepada calon
yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat,
lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya
dengan taburan duit.
“Mereka
yang telah memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen mesti sedar ia menang di
atas pilihan rakyat. Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan
ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan
yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan
syarak? Peristiwa perampasan kuasa di Perak, adakah Harussani berasa ini adalah
perkara yang harus?” sindir beliau.
Atas dasar
itulah, terang Tuan Ibrahim, PAS membuat bai'ah kepada semua calon, di mana
mereka yang menang atas tiket parti adalah dilarang lompat parti, keluar parti
bahkan, sekiranya dipecat dari parti, mereka mesti mengosongkan kerusi yang
dimenangi.
“Kerana
asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal
perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam ba’iah itu, jelas
dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak.
“Sepatutnya
Harussani membaca, meneliti dan melihat secara dekat matan ba’iah yang dibuat
di dalam PAS, bukan dengan mendengar cakap2 mereka yang di luar atau
dikeluarkan PAS,” selar beliau.
Tuan
Ibrahim juga mengingatkan Harussani bahawa bai'ah dalam PAS disediakan oleh
Majlis Syura yang terdiri dari para alim ulama, bukan oleh DHPP atau dikutip di
tepi jalan.
“Soal
akhirat memang ketentuan Allah, tetapi apa yang dijelaskan dalam bai'ah iakah
sekiranya seseorang calon yang menang berba’iah dengan nama Allah lalu
melanggari ba’iah tersebut, apakah salah kalau diingatkan mereka tentang azab
Allah di akhirat?”
“Banyak
hadis menggunakan kaedah ini, dan PAS kita menggunakan kaedah yang sama bagi
memelihara perjuangan Islam yang menjadi asas perjuangan PAS,” tambah Tuan
Ibrahim.
Namun
begitu, kata beliau, reaksi dan ulasan Harussani yang berbolak-balik sudah
dijangka dan sudah dilihat sebagai satu kebiasaan kepada yang mengikuti
secara dekat kenyataan beliau.
Sebagai
contoh, kata beliau ialah dalam isu kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib
Razak ke Batu Caves, di mana, pada awalnya Harussani menyerang PM dengan
tuduhan Syirik, rosak aqidah dan tidak mahu mendengar nasihat tiba2
bertukar kepada harus, dibolehkan dan tidak bercanggah.
“Inilah
yang menyebabkan ramai umat Islam berpendapat mufti seperti beliau,
bukannya dirujuk oleh pemerintah sebelum sesuatu tindakan dibuat, sebaliknya dipergunakan
untuk mencari dalil dan nas untuk menyokong sesuatu tindakan yang telah dibuat
walaupun ia bercanggah dengan nilai Islam,” kata Tuan Ibrahim.
Tuan
Ibrahim turut membidas cara Harussani mengulas isu perjuangan bangsa dan raja2
yang yang dikatakannya bukan dari perspektif Islam.
Semasa pelancaran
Jati, Harussani berhujah bahawa Nabi Muhammad SAW juga anjur pertahankan Raja
dan kaum.
“Kecintaan
bangsa dan ketaatan kepada makhluk mempunyai batas sempadan yang sangat jelas.
Tindakan beliau, dan disebabkan beliau adalah mufti negeri telah mengundang
pelbagai kekeliruan di kalangan masyarakat umum.
“Keadaan
ini jika berterusan akan menghilangkan thiqah masyarakat terhadap beliau dan
dengan kedudukan beliau sebagai mufti, dan hal ini adalah satu tragedi yang
sangat menyedihkan dan malang bagi beliau,” tegas Tuan Ibrahim.
MUPETI NI
SEMAKIN HARI SEMAKIN GOYAH ILMUNYA… DIA MEMPERGUNAKAN JAWATANNYA DEMI PENGUASA…
ADALAH
MEMALUKAN DENGAN HUJAH TANPA SEBARANG DALIL SYAR’IE UNTUK MENYOKONG KE HARUS AN
“FATWANYA” YANG SENTIASA MENGELIRUKAN. ALLAH BERFIRMAN DALAM AL-QURAN YANG
MAFHUMNYA :
“BANDINGAN MEREKA SEPERTI ANJING, DIKEJAR ATAU TIDAK DIKEJAR, LIDAH MEREKA SENTIASA TERJELIR”
“BANDINGAN MEREKA SEPERTI ANJING, DIKEJAR ATAU TIDAK DIKEJAR, LIDAH MEREKA SENTIASA TERJELIR”
No comments:
Post a Comment