Pages

Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts

Monday, October 17, 2016

TGHH Yang Faham Erti Melutut Sebenarnya...


Aku macam pelik plak tengok situasi yang berlaku…

Ada yang perasan ‘gah’ sebab berjaya ‘pecah’kan PAS dengan meng’hidup’kan PAN sebagai dedak depa… tetiba melutut…

Ada yang mengaku profesional, peduli dan ‘amanah’… sembang gedegar buluh jer kata hebat… kata tak perlukan PAS dengan tertubuhnya PH yang depa kata sebagai Pakatan Harapan tetiba jer menunjukan PH tu sebagai PAKATAN HAMPEH…

Puak PAN plak … lepas sorang… sorang dok keluar statement dan dok kelupor nak melutut ngan PAS tu per hal??? Sekali PAN KHIANAT melakukan KHIANAT, dia akan terus melakukan KHIANAT…

Orang zalim yang memohon maaf atas kezaliman yang dilakukan… kezaliman seterusnya akan dilakukan dengan lebih zalim dari yang pertama….

Macai2 pun macam ‘gila babi’ menyondol dengan fitnah yang menjadi amalan baru depa sebagai zikir harian…


Aku cuma nak tanya korang satu soalan jer… Korang dok FITNAH dan KHIANATI PAS sampai terlupa tanah kubur tu… wat per nak melutut ngan PAS???

TGHH Yang Faham Erti Melutut Sebenarnya... Terima kasih Tuan Guru Presiden…

Sumber

Tuesday, August 2, 2016

Perlembagaan Pun Tak Der... Apa Matlamat PAN??? (video ada didalam)



Pan ditubuhkan oleh beberapa orang bekas pimpinan PAS yang gelojoh nak memusnahkan PAS dan menjadikan PAS sebagai khadam abdi kepada DAP...


Kekalahan mereka yang diketua oleh Muhamad Sabu yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam Muktamar Pemilihan membuatkan mereka mengkhianati amanah yang PAS berikan untuk menjadi Ahli Parlimen dan Adun PAS...

Mereka tak mahu dipanggil PAN tetapi nak dipanggil sebagai 'AMANAH'... Macamana nak panggil Amanah sedangkan mereka sebenarnya sudah KHIANAT AMANAH yang PAS berikan... Lain lah kalau puak PAN-KHIANAT meninggalkan PAS dengan meletakan jawatan yang mereka menangi melalui tiket PAS... Bak kata Khalid Samad (salah seorang yang KHIANAT) ... mereka adalah PANKHIANAT... 


Dari sini lah bermulanya penentangan mereka terhadap PAS sebagai musuh utama walaupun zikir mereka menentang UMNO Be End...


Mereka sahajalah yang bijak berpolitik...
Mereka sahajalah yang hebat berpolitik...
Mereka berjaya menciptakan pentaksub mereka sebagai pemaki hamun ulama fiddin... antaranya :

Bagi mereka yang maksum hanyalah DAP...
PAS tak betul bagi mereka...
PKR lagi la tak betul...

Tun Mahathir Kutti yang depa gelar macam2 seperti 'bapa penyamun', 'maha firaun' bagai kembali menjadi idola mereka...

Semasa dalam PAS, mereka 'haram' bersalaman dengan perempuan... setelah jadi PAN semua benda tu jadi 'halal'...

Teringat aku kesah seorang pekerja yang berhenti kerja setelah 20 tahun bekerja, berhenti dan memfitnah syarikat yang dia telah lama bekerja... syarikat itu bermasalah atau pekerja itu yang bermasalah sebenarnya???

K
orang fikir lah sendiri...

Wednesday, July 27, 2016

PKR DI PAKSA BERSETUJU SEBAGAI KHADAM ABDI


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, PKR tidak seharusnya mengambil masa yang terlalu lama untuk membincangkan isu pilihan raya mengejut di Pulau Pinang kerana ia akan menjadi "tidak praktikal”.
"Kita akan terus berbincang dan meyakinkan PKR mengenai cadangan kami mengadakan pilihan raya mengejut, dan ini adalah berdasarkan (prinsip) saling menghormati dan saling mempercayai,” kata Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP di pejabatnya di George Town hari ini.
Beliau mengulas keputusan PKR yang tidak yakin dengan cadangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Ditanya tempoh yang beliau bersedia untuk menunggu keputusan PKR, Lim berkata "tidak terlalu panjang" tetapi menambah bahawa tidak sehingga tahun depan.
Beliau juga berkata DAP tidak akan menetapkan tarikh akhir untuk mendapatkan keputusan PKR itu.
"Saya akan terus menunggu dan bertemu dengan PKR untuk membincangkan perkara itu. Saya kata kita akan membuat keputusan secara konsensus dan bukan secara unilateral.
"Ada sesetengah pihak yang kata kita perlu lakukan ini secara unilateral, tetapi saya rasa tidak harus membuat keputusan seperti itu dan kita perlu mengukuhkan Pakatan Harapan berdasarkan konsensus."
Menurut Lim, Pakatan Harapan mesti mematuhi amalan sebelum ini iaitu membuat keputusan berdasarkan konsensus.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kikiki... kesian kat WAWI yang cam terdesak di tindas DAP... Munkin DAP ungkit pasal DAP sokong PKR tendang TSKI dari MB Selangor tahun 2014 lalu kot...

Terkenang budi, tergadai prinsip perjuangan... Keadilan??? Ada keadilan ke di situ???

PRN Pulau Pinang berubah dari satu tajuk ke satu tajuk... Dari sumber yang dipercayai... Lateefa Koya telah menyebut mengenai pendirian DAP yang berubah2 tu...
Mengulas lanjut, Latheefa yang mengetuai biro undang-undang PKR juga menegaskan, sebab untuk mengadakan pilihan raya mengejut juga sering berubah.
"Pertama, ia bertujuan mendapatkan kembali apa dipanggil mandat rakyat yang peliknya kamu berkeras masih belum kehilangannya.

"Kemudian kata ia bukan mengenai pendakwaan ke atas pemimpin kamu (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng).

"Dan sekarang kamu kata, ia sebagai referendum terhadap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) berdasarkan pendedahan terkini DOJ (Jabatan Kehakiman) Amerika Syarikat.

"Mungkin, kamu perlu membuat keputusan terlebih dahulu dan kemudiannya berunding dengan kami, yakinkan kami," katanya tanpa menyebut DAP mahupun Pua.

Pilihan raya mengejut tersebut didedahkan buat kali pertama oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berikutan tuduhan rasuah berkembar terhadap bosnya.