Pages

Friday, February 10, 2012

HAJI NAJIB ‘GADAI AKIDAH’ HADIR THAIPUSAM - HARUSSANI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


HAJI NAJIB ‘GADAI AKIDAH’ HADIR THAIPUSAM - HARUSSANI

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru2 ini.

(Najib menyertai perayaan Thaipusam di Batu Caves)

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah2 tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.”

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.”

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing2.

Citer seterusnya KLIK DI SINI

APA DAH JADI NI HAJI NAJIB…. KALAU PAS KATA SALAH, SYIRIK DAN BERSYUBHAT DENGAN SATU GOLONGAN, MENJADI  KITA SEPERTI MEREKA, CAI2 KATA KITA KERJA DOK KAFIRKAN DEPA SAJA…

MANA PI JAMIL KHIR, MASHITAH, PUAK2 AGAMA DALAM UMNO NI??? MENGHILANGKAN DIRI SEBAB TAKUT NAK TEGUR HAJI NAJIB????

TAK KAN LAH HAJI NAJIB NI JAHIL MIURAKAB KOT SAMPAI TAK TAU APA BENDA PERAYAAN AGAMA…. ISH ISH…

BAHAYA KEPADA RAKYAT SESEBUAH NEGARA IALAH AGAMA RAKYATNYA MENGIKUTI PENGUASANYA… BERAPA RAMAI YE????

No comments:

Post a Comment